Begitulah kisah seorang gadis yang gemar menunggang motosikal sehingga videonya menjadi viral di media sosial.
Dikenali sebagai Yim Ahmeng, 22, gadis berasal dari Kuala Lumpur itu meminati dunia permotoran sejak kecil sehinggalah ia menjadi sebahagian daripada kerjayanya hari ini.
View this post on Instagram
Yim mengakui meminati motosikal sejak zaman persekolahan lagi.
“Saya minat motosikal sejak kecil kerana ayah dan ibu juga ‘bermain’ dengan motosikal. Sampai satu tahap saya rasa nak bawa motor besar ke sekolah. Saya belajar memandu motosikal tanpa pengetahuan ayah apabila saya berada di darjah tiga.
“Kemudian apabila saya berumur 18 tahun, saya tidak sambung belajar tetapi saya terus bekerja. Dalam tempoh tiga hingga empat bulan menyimpan wang, saya terus membeli motosikal Ysuku. Pada Januari tahun lalu, saya juga membeli motosikal sport Yamaha R15 V3.