Gabungan Rempah Ratus Ini Mampu Atasi Masalah LIPAS Dalam Kabinet Dapur , Ayuh Cuba

Lipas merupakan sejenis serangga dalam jenis Blattaria atau Blattodea. Lipas biasanya tinggal di kawasan gelap dan lembap seperti celah-celah almari dan di bawah sinki .

Terdapat kira-kira 4,500 spesies lipas, kira-kira 30 spesies dikaitkan dengan tempat tinggal manusia dan kira-kira empat spesies terkenal sebagai serangga perosak.

Lipas hidup dengan memakan sisa makanan yang terbiar.Ia dikatakan hidup lebih awal di muka bumi sebelum tamadun manusia bermula.Lipas dikatakan diantara serangga yang sukar di hapuskan walaupun pelbagai jenis semburan dan ubat digunakan.

Kehadiran lipas dalam kabinet dapur terutama di tempat stok makanan dan juga pinggan mangkuk memang tak menyenangkan kerana haiwan kecil ini kotor dan penuh kuman.

Pengunaan penyembur atau ubat gegat untuk hapuskan lipas di kabinet sebegini sememangnya tidak sesuai kerana mampu memberi kesan kepada bahan makanan yang disimpan malah akan berbau kimia atau ubat gegat.

Terdapat perkongsian yang mana rempah ratus mampu membuatkan membuatkan lipas lari dan tidak suka berada ditempat berkenaan.

Tanpa menggunakan bahan kimia dan tidak mengeluarkan modal yang banyak kerana bahan yang digunakan adalah bahan yang sememangnya sedia ada di rumah.

Ini Caranya :

1. Ambil rempah empat sekawan iaitu kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih. Lebihkan bunga cengkih dan buah pelaga untuk kesan yang lebih padu.

 

Gabungan Rempah Ratus Ini Mampu Atasi Masalah LIPAS Dalam Kabinet Dapur , Ayuh Cuba 2

 

2. Masukkan semua rempah 4 sekawan ke dalam kain net / jaring dan ikat bunjut seperti bunjut. Buatkan 3-4 bunjut rempah ini dan di letakkan di dalam kabinet dapur.  Tukarkan rempah jika sudah tidak berbau rempah lagi.

 

Gabungan Rempah Ratus Ini Mampu Atasi Masalah LIPAS Dalam Kabinet Dapur , Ayuh Cuba 3

3. Pastikan sebelum masukkan bunjut rempah ini sebaiknya bersihkan dan buang barang yang tidak diperlukan dalam kabinet . Kemas dahulu dan lap bersih kabinet.

4. Gantung bunjut pada setiap bahagian kabinet untuk kesan yang lebih maksimum.

INFO: Rempah ratus mempunyai bau-bauan yang kuat dan tidak disukai lipas dan juga serangga lainnya.


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3