Baru-baru ini, Maybank telah memperkenalkan ATM Cash-out di aplikasi MAE untuk memudahkan pengguna mengeluarkan wang dari mesin ATM dengan lebih mudah tanpa menggunakan kad.
Dengan perkhidmatan terbaru ini, pengguna hanya perlu mengaktifkan fungsi ini di aplikasi MAE dan lakukan beberapa langkah berikut untuk membuat pengeluaran tunai secara tanpa sentuh (contactless).
Pengguna juga masih diberi pilihan untuk membuat pengeluaran tunai di ATM Maybank menggunakan kad ATM fizikal anda.
Baca juga:
Siapa Boleh Menggunakan Perkhidmatan ATM Cash-Out Ini?
Semua pemegang kad ATM Maybank sedia ada yang juga pengguna aplikasi MAE boleh mengaktifkan fungsi ini.
Di Mana ATM Yang Menyediakan Perkhidmatan Ini?
Anda boleh menggunakan ATM Cash-out untuk mengeluarkan wang di ATM Maybank Malaysia terpilih.
Perkhidmatan ini akan dilancarkan kepada semua ATM Maybank seluruh negara tidak lama lagi.
Buat masa ini, sila rujuk senarai berikut :
Senarai ATM yang menyediakan perkhidmatan MAE Cash-Out
Terdapat kod QR dipaparkan pada skrin ATM (rujuk gambar di bawah) untuk anda mengimbas menggunakan aplikasi MAE anda.
Cara Pengaktifan:
Berikut adalah langkah-langkah untuk aktifkan fungsi ATM Cash-Out:
Langkah 1: Sila muat turun aplikasi MAE di Google Play Store, Apple iOS Store atau Hua Wei App Gallery.
Langkah 2: Aktifkan fungsi ATm Cash-Out terlebih dahulu.
Langkah 3: Masukkan ID dan kata laluan anda.
Langkah 4: Terima OTP.
Langkah 5: Terdapat tempoh 24 jam untuk semakan keselamatan sebelum anda boleh mula menggunakannya.
Langkah 6: Setelah pengaktifan berjaya, anda akan menerima SMS dan push notification.
Cara Pengeluaran Wang:
Berikut adalah langkah-langkah untuk mengeluarkan wang:
Langkah 1: Aktifkan fungsi ATM Cashout di telefon bimbit anda.
Langkah 2: Scan QRCode di skrin mesin ATM.
Langkah 3: Masukkan kata laluan dan jumlah wang pengeluaran.
Langkah 4: Selesai dan terima wang anda.
Langkah Keselamatan:
Berikut adalah langkah -langkah keselamatan semasa penggunaannya:
Langkah 1: Pastikan tiada sesiapa berdiri berdekatan dan skrin telefon anda tidak kelihatan kepada mereka yang berdiri di belakang anda apabila anda log masuk ke apl MAE anda atau apabila anda memasukkan PIN apl MAE 6 digit anda.
Langkah 2: Sentiasa pastikan anda hadir secara fizikal dari awal hingga akhir semasa melakukan transaksi Pengeluaran Tunai ATM anda, termasuk kutipan tunai.
Langkah 3: HANYA imbas kod QR yang dipaparkan pada skrin ATM untuk melakukan transaksi Pengeluaran Tunai ATM, dan BUKAN mana-mana kod QR lain yang diletakkan pada ATM atau diperoleh dari tempat lain.
Langkah 4: Tiada akaun benefisiari diperlukan semasa transaksi Pengeluaran Tunai ATM. Sekiranya anda diminta memasukkan nombor akaun benefisiari, hentikan transaksi dengan serta-merta.
Langkah 5: Sekiranya anda tidak mengaktifkan ciri Pengeluaran Tunai ATM tetapi menerima Kata Laluan Satu Kali (OTP) 6 angka melalui SMS untuk pengaktifannya, sila hubungi talian hotline Pusat Pelanggan Kumpulan Maybank kami di 1-300-88-6688 dengan segera.
Langkah 6: Jika anda menerima sebarang pemberitahuan transaksi Pengeluaran Tunai ATM yang dihantar melalui aplikasi MAE tetapi tidak melakukan sebarang transaksi Pengeluaran Tunai ATM, sila hubungi talian hotline Pusat Pelanggan Kumpulan Maybank kami di 1-300-88-6688 dengan segera.
Langkah 7: Pastikan telefon pintar anda dilindungi PIN, corak atau biometrik dan JANGAN biarkannya tanpa pengawasan atau kongsi butiran log masuk keselamatan telefon anda dengan sesiapa sahaja.
Soalan Lazim:
Berikut adalah himpunan soalan dan jawapan yang umum dipersoalkan.
Maklumat Lanjut:
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawnag portal Maybank atau hubungi di talian 1-300 88 6688 (Malaysia).
BKM