Home » Gosip Artis Malaysia » Fizi Ali Beri Penjelasan Tentang Suara Wanita Di Sebalik Video Baca Buku Dengan Anak

Fizi Ali Beri Penjelasan Tentang Suara Wanita Di Sebalik Video Baca Buku Dengan Anak

Fizi Ali yang sudah sah bercerai dengan bekas isterinya sekarang sering berkongsi video dan gambar anak tersayang. Dia sekarang banyak menghabiskan masa bersama anaka tersayang .

Baru – baru ini dalam satu perkongsian video milkiknya, Fizi Ali  yang sedang membacakan buku kepada anaknya Ameena Sofia telah mengundang tanda tanya dan persoalan mengenai suara wanita yang terdengar pada penghujung rakaman berkenaan.

Yang mana perkara itu menimbulkan persoalan kepada para netizen tentang pemilik suara berkenaan malah terdapat banyak teka – meneka yang disuarakan di ruangan komen video tersebut.

Namun teka-teki itu terjawab apabila Fizi atau Hafizudin Alimudin, 33, memaklumkan bahawa wanita berkenaan adalah ibunya sendiri.

“Tak sangka orang boleh salah anggap terhadap video tersebut. Suara itu adalah wanita paling istimewa dalam hidup saya… ibu saya.

“Kebetulan kami keluar bersama ibu dan ada adik ketika itu,” jelas Fizi lagi.

Fizi dan isterinya mula menjadi perbualan hangat peminat apabila secara tiba-tiba mengumumkan perpisah mereka pada Disember tahun lalu dan masih tidak menyatakan sebab tentang perpisahan mereka.

Pasangan ini sudah mula membiasakan diri dengan keputusan mereka dan sedang menjalani hari  seperti biasa tanpa tekanan kerana lebih memilih move on daripada frust memikirkan perkara yang sudah terjadi.

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

Mengakui masih dalam proses memperbetulkan diri sendiri dan lebih memilih untuk fokus pada kerjaya dan anak tersayang buat masa ini.

Fizi juga menjelaskan bahawa belum ada terfikir untuk kembali bersama dengan bekas isterinya buat masa ini dan mungkin mengambil masa untuk memulihkan keadaan.

Selain itu Fizi berkata buat masa ini dia belum terfikir soal jodoh walaupun sering diusik rakan penyampai ketika bersiaran di slot Pagi di Suria.

“Apabila rakan-rakan di konti mengusik ketika bersiaran saya anggap itu adalah gurauan. Saya okey kalau pendengar gembira dan ia tidak melampaui batas.

“Untuk kembali ada hubungan cinta… belum lagi buat masa sekarang.

“Namun saya tidak menolak jika Tuhan temukan saya dengan seseorang. Soal jodoh itu adalah ketentuan Tuhan,” katanya.

Fizi dan Shakilla berkahwin pada Februari 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata yang kini berusia dua tahun.

 

Penafian – Semua artikel kami kongsikan diatas merupakan tutorial dan rujukan artikel berkaitan dengan “Fizi Ali Beri Penjelasan Tentang Suara Wanita Di Sebalik Video Baca Buku Dengan Anak” sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua rujukan berpandukan sumber rasmi dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!