Fiza Halim Tepis Dakwaan Buat Maksiat Di Sebuah Hotel Terkemuka


Aktress jelita , Fiza Halim telah menjadi topik hangat berikutan penulisan daripada sebuah artikel yang mendakwa pelakon itu telah melakukan maksiat dengan seorang pelanggannya dalam bilik air di sebuah hotel terkemuka di Malaysia.

Malah terdapat beberapa paparan dariapada pengguna Twitter yang juga mendakwa dirinya pernah membayar Fiza untuk perkhidmatan seks di sebuah hotel.

Melihat kepada penyebaran berita tidak beretika seperti itu , Fiza telah tampil dengan menolak dakwaan yang telah disiarkan di media sosial dan menolak untuk mengulas dengan lebih lanjut tentang perkara berkenaan kerana bimbang tentang keadaan ibunya yang sedang sakit.

Fiza menyifatkan perkara tersebut sebagai satu fitnah yang boleh merosakkan namanya dan sekaligus membuatkan keluarga dan orang yang terdekat juga terkesan dengan perkara itu.

Mengakui dirinya tidak tahu menahu tentang perkara tersebut namu telah diberitahu tentang fitnah berkenaan oleh peminatnya melalui media sosial.

Tidak mahu hhanya mendiamkan diri kerana ia melibatkan maruahnya dan keluarga , Fiza terpaksa juga mengeluarkan kenyataan sup[aya perkara ini tidak berlanjutan .


“Ikutkan saya malas nak layan sebab tak tahu nak kata apa. Saya tahu fasal fitnah itu pun sebab peminat yang hantar kepada saya. Kalau saya diam saja, orang anggap berita itu betul. Kalau jelaskan pun, mesti ada yang kata tipu. Saya pun tak tahu dah nak kata apa.”

“Ibu saya dah la tengah sakit! Dia baru saja disahkan mengidap penyakit kanser usus… dah masuk stage 3, tiba-tiba datang pula masalah lain,” katanya.

Fiza menjelaskan bahawa dia tidak mungkin akan melakukan perbuatan terkutuk seperti itu kerana ianya dosa besar dan akan memalukan dirinya serta keluarga yang terdekat .

Malah akan merosakkan namanya yang sudah dijaga sejak penglibatannya dalam dunia seni yang mana Fiza tidak pernah mengalami kontroversi besar seperti ini yang benar- benar memalukan dirinya.

Pihak Fiza juga tidak mahu memburukkan sesiapa dan menuduh orang lain diatas fitnah yang dilakukan itu walaupun merasakan ada pihak yang tidak senang dengan kebahagiannya kini.

“Boleh fikir sendiri, logik ke tak? Takkan la saya nak buat maksiat di tempat umum dan malukan diri sendiri dengan berkongsi di laman sosial.”

“Agak-agaklah nak sebar fitnah sampai macam itu sekali… sangat melampau! Saya ada anak dan keluarga, takkan la saya nak buat benda terkutuk itu.”

“Saya tak tahu siapa penyebar fitnah itu dan apa motif dia. Saya tak berani nak tuduh siapa sebab ramai orang dengki tengok kebahagiaan kita,” katanya.

Fitnah adalah dosa besar yang boleh mengakibatkan individu dan keluarga menanggung malu dan ianya tidak seharusnya dilakukan kerana melibatkan maruah diri seseorang lebih- lebih lagi selebriti terkenal seperti Fiza,

Penafian – Bahan artikel admin kongsikan dihalaman ini merupakan panduan dan rujukan yang related dengan “Fiza Halim Tepis Dakwaan Buat Maksiat Di Sebuah Hotel Terkemuka” ini sahaja. kami tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala rujukan berpandukan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia