Final Piala FA Di Stadium Bukit Jalil!


Final Piala FA. Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.

Harap Padang Dalam Keadaan Baik

Akhirnya selepas berteka-teki, Malaysian Football League (MFL) telah mengumumkan lokasi bagi perlawanan akhir Piala FA 2022.


Stadium keramat Harimau Malaya, Stadium Nasional Bukit Jalil telah dipilih sebagai lokasi perlawanan akhir Piala FA musim ini.

Ianya sekali gus menamatkan spekulasi yang gelanggang berkecuali seperti Stadium Hang Jebat atau Stadium Darul Makmur akan dipilih untuk mengadakan aksi akhir ini.

Menurut MFL, tarikh perlawanan akan diadakan pada 10 September ini iaitu pada Sabtu dengan waktu sepak mula adalah pada pukul 9 malam.


Pemilihan Bukit Jalil amat dialukan oleh MFL serta dua pasukan bertanding apabila permohonan untuk menggunakan stadium itu diterima oleh Perbadanan Stadium Malaysia (PSM).

Sebelum ini, Bukit Jalil dikatakan akan ditutup bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan stadium.

“Pihak MFL sudah mengadakan perbincangan dengan wakil PSM sebelum ini untuk memeriksa serta mendapat maklumat terkini mengenai keadaan padang SNBJ dan kami dimaklumkan bahawa SNBJ bersedia untuk menjadi venue perlawanan akhir Piala FA kali ini.


“Antara elemen yang menjadi perhatian MFL adalah keadaan padang SNBJ dan kami mendapat jaminan daripada PSM bahawa mereka komited dan akan memastikan penjagaan padang di tahap terbaik menjelang aksi kemuncak itu nanti,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MFL – Stuart Ramalingam.

Perlawanan akhir Piala FA sepatutnya diadakan pada 27 Ogos ini namun terpaksa dianjakkan ke belakang kerana MFL mengambil kira penyertaan JDT dalam saingan Liga Juara-Juara Asia.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3