Fesyen Masya Masyitah Dikritik Kerana Keterlaluan


Siti Nurmasyitah Mohd Yusoff atau lebih dikenali sebagai Masya Masyitah merupakan seorang penyanyi wanita .Kerjayanya dalam bidang muzik bermula apabila beliau dinobatkan sebagai juara pertandingan Ceria Popstar musim kedua di Astro Ceria pada 2014.

Selain itu, Masya juga merupakan naib juara Bintang Kecil anjuran RTM dan pada tahun 2020, MAsya telah dinobatkan sebagai juara Yippi Star Quest 2020 dengan menewaskan 3000 peserta dari seluruh Asia.

Bukan itu sahaja , Masya juga berjinak-jinak dalam dunia lakonan dan kini mengusahakan perniagaan biskut buatan tangannya bersama keluaraga dengan jenamanya sendiri.

Baru – bari ini , Masya Masyitah telah menjadi bualan ramai apabila memuat naik satu hantaran yang merupakan gambarnya dengan dengan caption sinis di laman sosial miliknya.

BACA INI : [VIDEO] Penampilan Dolla Yang Dikatakan Keterlaluan Dikritik Netizen

Melalui hantaran tersebut dia dilihat memakai baju turtleneck yang digandingkan dengan jumpsuit pada bahagian luar namun jumpsuit berkenaan dikatakan tidak sesuai dengan imejnya yang bertudung.

Disebabkan gambar tersebut , dia mendapat kecaman hebat daripada netizen yang mengatakan Masya sudah keterlaluan dan tidak menjaga batas dalam berpakaian.

 

Fesyen Masya Masyitah Dikritik Kerana Keterlaluan 1

 

First time tengok orang pakai bra dekat luar,” tulis seorang warganet.

Kot ye pun pakai bra tak payahlah kat luar alahai,” komen netizen.

Pelbagai komen negatif yang ditinggalkan oleh netizen dan rata – rata memberikan komen yang mengkritik cara berfesyen artis tersebut walaupun pernah ditegur kerana terlalu seksi .

Masya yang dahulunya sangat menjaga cara berpakaiannya dan betudung menutuk kini sudah berani mencuba fesyen aneh sehingga menindik hidungnya untuk MV lagu terbarunya.

Fesyen Masya Masyitah Dikritik Kerana Keterlaluan 2

 

Namun Masya dilihat tidak membalas komen yang ditinggalkan dan hanya mendiamkan diri apabila dikritik teruk oleh netizen di media sosialnya itu.


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3