Ferrari Keluarkan SUV Pertama Mereka


Kereta Ferrari Purosangue yang juga merupakan kenderaan utiliti sukan (SUV) mewah keluaran Ferrari bakal memasuki pasaran pada tahun depan, namun namanya cukup meniti minat penggemar model keluaran syarikat berkenaan. Model unik ini datang dengan empat pintu serta empat tempat duduk, malah ia menggabungkan elemen yang ada pada model Roma, 296, SF90 dan 812.

Ia telah dibangunkan dengan casis yang serba baharu yang mana struktur bawah kenderaan dibina daripada aluminium berketahanan tinggi selain kerangkanya gabungan aluminium dan gentian karbon. Rekaan luarannya masih bercirikan aerodinamik.


Sumber: youtube

Namun, SUV ini datang dengan lampu hadapan dan lampu nyalaan siang (DRL). Bagi aliran angin lebih baik, ia disertakan dengan ciri kemasukan udara dua bahagian atas dan sisi. Tayar hadapannya bersaiz 22 inci manakala tayar belakang bersaiz 23 inci. Ruang kokpit diinspirasikan daripada model SF90 Stradale dengan paparan meter 10.2 inci di bahagian penumpang hadapan.

sumber: google image


 

Disamping itu, SUV ini juga telah dilengkapi dengan enjin 6.5 liter liter V12, ‘naturally aspirated’, transmisi dwi klac lapan kelajuan F1 DCT dengan kelajuan tertinggi sehingga 310 kilometer/sejam (km/j). Ia boleh memecut daripada sifar ke 100 km/j/ dalam tempoh 3.3 saat. Purosangue juga datang dengan sistem suspensi aktif Ferrari serta Pengesan Dinamik Casis enam ketetapan (6w-CDS) selain Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) ‘evo’ dengan sistem kawalan meliputi Kawalan Gelinciran Sisi.

Bagi pasaran Itali pula, Kereta SUV Ferrari Purosangue telah ditawarkan pada harga RM1.75 juta dengan jangkaan pengeluaran bermula pada tahun ini dan diserahkan kepada pelanggan bermula pada suku kedua tahun depan.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3