Naza Italia telah mula melancarkan Ferrari 296 GTB ke pasaran Malaysia yang telah ditawarkan pada harga sebelum cukai, pilihan kustom dan insurans RM1.228 juta seunit. Supercar dua pintu ini dengan enjin tengah-belakang itu adalah model janaan enjin V6 yang pertama jenama ini bagi tempoh setengah abad terakhir. Ferrari 296 GTB yang juga model kedua plug-in hybrid dari Ferrari selepas SF90 Stradale, model ini menggunakan enjin F163 enam-silinder pertama yang digunakan untuk kereta jalanan Ferrari.
Sumber: google image
Telah dibangunkan sendiri sepenuhnya, enjin V6 120° turbo berkembar itu berkapasiti 2,992 cc yang menjadi asas kepada nama kereta ini iaitu 2.9 liter (kapasiti) dan jumlah enam silinder yang ada menjadi pelengkap nama yang dipilih.
Antara kelebihan teknikal kereta ini adalah kedudukan turbo yang telah dipasang dalam enjin dan memperkemas pakej keseluruhannya, pusat graviti rendah dan enjin lebih ringan. Pengecas turbo IHI juga dibikin semula, kini mampu menampung rev hingga 180,000 rpm dan memberikan prestasi lebih baik dan cekap.
Sumber: google image
Namun. seperti SF90, Ferrari 296 GTB dihadirkan dengan MGU-K (Motor Generator Unit, Kinetic), yang telah pun ditempatkan antara enjin dan juga kotak gear, dengan sebuah Transition Manager Actuator (TMA) ia sama seperti klac, di antara enjin dan motor elektrik untuk memisahkannya dalam mod eDrive elektrik.
Disamping itu, tork untuk motor yang telah digunakan itu telah dinaikkan kepada 315 Nm. Jentera ini bakal menghasilkan 654 kuasa kuda (hp) dan digandingkan dengan motor elektrik yang telah menyalurkan 164 hp. Kombinasi ini akan membekalkan 296 GTB sebanyak 818 hp (830 PS) pada 8,000 rpm dan tork 740 Nm pada 6,250 rpm. Kotak gear pula unit lapan-kelajuan klac berkembar yang sama seperti yang digunakan pada SF90 Stradale dan SF90 Spider, Roma dan Portofino M, gaya yang unik.
Sumber: youtube
Kawalan yang dinamik model ini pula antara lain terdiri daripada eSSC (electronic Side Slip Control), kawalan cengkaman elektrik (eTC) and eDiff, tetapi Chassis Dynamic Sensor enam-arah (6w-CDS) menjadi penampilan sulung dalam kereta ini. Kemampuan membrek juga dipertingkat, dengan tambahan sistem brake-by-wire serta fungsi baru dipanggil ABS evo, yang memastikan jarak operasi pedal dikurangkan seminimum mungkin tanpa menjejaskan kecekapannya.
Berbanding F8 Tributo, Ferrari 296 GTB mengurangkan jarak brek 200-0 km/j sebanyak 8.8 peratus. Dengan berat 1,470 kg, kereta ini memecut 0-100 kilometer sejam (km/j) dalam masa 2.9 saat, 0-200 km/j dalam masa 7.3 saat dan kelajuan maksimumnya lebih daripada 330 km/j. Bateri lithium-ion pada 296 ini menggunakan 80-sel 7.45 kWh, dengan kurang empat sel berbanding 7.9 kWh pada SF90 tetapi dua kg lebih ringan dan mengecas lima peratus lebih pantas, manakala cas penuh adalah tiga jam.
Sumber: google image
Pek bateri ini telah memberikan jarak elektrik sepenuhnya 25 km, dan ia juga boleh dikendalikan menerusi pemanduan elektrik sehingga 135 km/j. Model ini hadir dengan dimensi ukuran 4,565 milimeter (mm) panjang, 1,958 mm lebar dan 1,187 mm tinggi, serta jarak antara roda 2,600 mm.
Lebih menarik lagi Ferrari 296 GTB tampil dengan penggayaan retro di bahagian luaran. Ia diinspirasikan daripada model 250 LM 1963, ia boleh dilihat dalam rekaan tiang B serta ‘sayap’ tempat bukaan udara, manakala bahagian depannya juga lebih tirus jika dibandingkan dengan model V8 enjin di tengah-belakang Ferrari sebelum ini.
Sumber: google image
Di bahagian belakangnya adalah paling unik dengan permukaan kaca yang 3D serta penutup ruang enjin yang cukup menonjolkan untuk karakter rekaan secara keseluruhannya. Bagi rim pula, Ferrari 296 GTB menggunakan rekaan baru jejari berkembar aloi, serta rim lima-jejari corak berlian sebagai pilihan. Selain itu juga, ia ada pilihan untuk rim gentian karbon, yang lapan kilogram lebih ringan berbanding versi logam.