Nur Fazura yang merupakan pelakon popular dan juga model iklan terkenal , kini nampaknya lebih aktif menceburi bidang perniagaan dan keusahawanan berbanding kembali ke set pengambaran selepas melahirkan puteri sulungnya, Nur Fatima Aisya.
Seperi kita tahu, bahawa setiap kali pelancaran tudung dari Fazura boleh dikatakan viral dan kini menjadi fenomena dalam kalangan peminat serta golongan wanita tidak kira dari golongan atasan atau bawahan , ini kerana harga yang yang dijual berpatutan dan mampu dibeli oleh semua golongan. Malah design yang dikeluarakan adalah menepati cita rasa semua golongan. Keselesaan dan jenis kain juga menjadi aspek kepada pemilihan tudung tersebut.
Kelmarin Fazura ada melancarkan satu lagi koleksi tudung dibawah jenamanya dan membuat sesi live di Instagram bagi mempromosikan tudung terbaru keluarannya itu dan dalam masa 45min tudungnya habis dijual dalam sekelip mata sahaja.
Fazura juga menjelaskan bahawa hanya tinggal beberapa helai sahaja lagi yang belum terjual di laman web tudung jenamanya. Kejadian seperti ini sebenarnya sudah beberapa kali berlaku sejak Fazura membuka talian untuk jualan tudungnay di atas talian.
Fazura yang pernah menyatakan hasrat untuk mengeluarkan tudung jenamanya dengan jualan pada harga yang mampu milik kini telah melaksakan niatnya , yang mana setiap design keluaran tudungnya mampu dimiliki oleh peminatnya…
Macam ini la contoh artis yang disukai peminat , menjual dangan niat yang baik malah menjadi viral dan habis dijual setiap kali restock.
Setiap kali tudung habis dijual Fazura sentiasa mengucapkan terima kasih kepada peminat dan pembeli yang sentiasa menyokong perniagaan yang dijalankan sehingga mendapat permintaan ramai dan disukai ramai.