Home » Gosip Artis Malaysia » Fazley Buat Penonton sebak Di GV8 Minggu Ke- 2.

Fazley Buat Penonton sebak Di GV8 Minggu Ke- 2.

Dato Fazley  Yaakob yang meyertai pertandingan GV8 , semalam telah membuat penonton sebak apabila menyampaikan lagu yang diberi dengan penuh penghayatan dan rasa itu sampai kepada penonton malah terlihat kehadiran ibunya Fazley yang megalirkan airmata selepas Fazley memamerkan gambarnya bersama arwah ayahnya. Dia yang kehilangan ayahnya beberapa tahun lepas masih bersedih kerana kehilangan ayah tercinta malah turut merasa sebak ketika membuat persembahan.

Prop diatas pentas yang meletakkan frame gambar artis Malaysia yang pernah berada dipentas Gegar Vaganza semasa hayatnya menghiasi kaca TV dan live konsert berkenaan . yang mana telah membuat sebak pada seluruh penonton yang hadir. Gambar arwah Siti Sarah , Nasir Wahab , Mya Ruslee dan Mamat Khalid diletakkan sebagai latar belakang yang mengundang banyak komen sedih dari peminat dan juga artis lain.

Pada minggu ke-2  semalam , Fazley yang membawakan Laguku Untukmu yang pernah dinyayikan oleh Hasnol dikatakan terlalu melayan perasaan sehingga tone suara flat dan terdapat banyak kesilapan dalam nyanyian. Hetty Koes Endang yang  memberi komen atas nyanyian Fazley tetap berpuas hati diatas peningkatan Fazley dari minggu lepas. Yang mana pada minggu lepas Fazley berada di tempat terakhir.

Fazley yang membawakan lagu “Asmara Ini”pada minggu pertama telah viral seketika kerana ada yang mengkritik mengenai cara nyanyiannya yang tidak sedap dan tidak sesuai menjadi penyanyi malah ada yang menyuruh agar Fazley hanya memasak sahaja .

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

Dato Faley juga ada memposting tentang ucapan terima kasih atas sokongan semasa menyertai gegar vaganza di akaun Ig miliknya malah menjelaskan akan terus berusaha memberikan yang terbaik buat penomtom dan peminat setianya.

Bagi keputusan minggu ke-2 semalam, Fazley terselamat daripada pemyingkiran kerana markahnya kedua terendah dan masih boleh beraksi ke peringkat seterusnya. Untuk minggu depan Fazley bakal membawakan Lagu Nyanyian Iwan iaitu “Yang Sedang-Sedang Saja” dengan genre dangdut.

Pada minggu ke – 1 dan ke -2 tiada penyingkiran yang berlaku yang mana Alif Aziz masih menerajui tempat pertama pada 2 minggu berturut – turut dan dikatakan terdapat penyingkiran secara berjemaah  pada minggu ke -3 kerana sudah 2 minggu tiada penyingkiran atau episod akan dipanjangkan gara-gara tiada penyingkiran.

 

Disclaimers – Semua yang admin share dihalaman ini sekadar panduan dan ringkasan artikel berkaitan dengan “Fazley Buat Penonton sebak Di GV8 Minggu Ke- 2.” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala rujukan berasaskan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!