Home » Gosip Artis Malaysia » Fasha Sandha Besyukur Aidil Terima Dirinya Seadanya Selepas Bersalin.

Fasha Sandha Besyukur Aidil Terima Dirinya Seadanya Selepas Bersalin.

Pelakon terkenal iaitu  Fasha Sandha ada meluahkan rasa bersyukur kerana suaminya, pelakon Aidil Aziz sentiasa menerima keadaan dirinya yang kini sedikit berisi dan tembam malah suaminya tidak pernah memaksa dirinya untuk kurus kerana lebih mementingkan dirinya agar sihat tubuh badan selepas melahirkan anak mereka.

Fasha masih sangat cantik dan jelita walaupun dikatakan berisi namun jelas kelihatan dia sangat bahagia malah mengakui bahawa suaminya itu sangat memahami dan mereka juga saling menerima kekurangan masing-masing.

“Aidil tak boleh jadi personal trainer saya sebab nanti saya akan jadi manja. Tapi dia seorang suami yang sangat menerima kekurangan saya.”katanya.

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

“Walaupun saya cakap rasa diri gemuk, dia tak pernah paksa saya untuk kurus. Pada dia, tak penting pun kurus asalkan saya sihat. Dia pun tak pernah pandang rendah terhadap saya. Kami saling terima kekurangan masing-masing,” katanya.

Fasha dalam kenyataannya mengakui yang selepas melahirkan anak ketiganya, Aisha Amaira hasil perkongsian hidupo dengan Aidil ,dia mengambil masa yang lama untuk menurunkan berat badan walaupun mengamalkan diet dan senaman .

Dia juga menjelaskan bahawa keadaan itu disebabkan dia masih mengamal susu badan buat anaknya itu kerana sangat inginkan yang terbaik buat kedihatan anaknya itu.

“Selepas saya bersalin, memang ambil masa agak lama nak turun berat badan walaupun jaga makan sebab saya menyusukan anak.

“Tak boleh nak diet terlalu ketat sebab bimbang susu akan jadi kering. Sebab itu saya tak paksa diri untuk diet keterlaluan,” katanya.

Dia yang baru-baru ini berkongsi percutian bersama keluarga dan berkongsi moment bahagia semasa tahun 2021 yang mana banyak kenangan indah yang ditempuhi dan rezeki yang melimpah ruah dalam bidang bisnes dan juga duta produk.

Pelakon yang sangat manja ini baru habis membuat penggambaran untuk drama terbaru daripada radiusone arahan budak ijat gandingan Fasha Sandha bersama Nad Zainal bertajuk dendam seorang isteri.

Fasha mendirikan rumah tangga dengan Aidil Aziz pada Mac 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Aisha Amaira Mohd Aidil yang berusia setahun.

Menerusi perkahwinan pertama bersama Rizal, Fasha mempunyai dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli, 7, dan Putri Raysha Jemyma yang kini berusia lima tahun.

Penafian – Bahan artikel portalamalaysia kongsikan dihalaman ini merupakan tutorial dan rujukan ringkasan yang berkaitan dengan “Fasha Sandha Besyukur Aidil Terima Dirinya Seadanya Selepas Bersalin.” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala hebahan berasaskan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!