Fantasy Premier League – Pemilik Darwin Nunez Wajib Baca!


Fantasy Premier League. Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.


Siapakah Penganti Nunez Di FPL?

Manager yang memiliki Darwin Nunez pasti runsing memikirkan siapakah penganti beliau yang sesuai untuk pasukan fantasy.

Jangan pening, dibawah kami sertakan beberapa penyerang yang bagus untuk dimiliki oleh manager!

Ivan Toney (£7.1m)


Penyerang Brentford tersebut mempunyai satu gol dan dua bantuan gol dalam dua perlawanan awal liga.

Namun, menentang Fulham pastinya Toney akan cuba mencetak gol bagi mengekalkan momentum kemenangan di gelanggang lawan nanti.

Danny Welbeck (£6.5m)


Jentera hadapan Brighton tersebut hanya sekali sahaja ‘blank points’ dalam tujuh lawatan ke tempat lawan.

Beliau juga merupakan penyerang utama Brighton.

Jamie Vardy (£9.5m)


Penyerang Leicester tersebut akan menghadapi Southampton dan Manchester United dalam tiga gameweeks akan datang.

Kedua dua pasukan yang sedang bergelut itu pastinya akan dimanfaatkan oleh Vardy untuk merobek gawang gol.

Harry Kane (£11.4m)


Penyerang Spurs itu akan menghadapi pasukan yang baru dipromosikan ke Liga Perdana iaitu Nottingham Forest dan Fulham dalam 4 perlawanan akan datang.

Walaupun baru 1 gol dijaringkan Kane, menentang pasukan seperti Forest dan Fulham pastinya ditagih untuk mencari gol bagi pengejaran kasut emas.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3