FAM Beri Amaran Keras Kepada Rizal Ghazali


Tiada tindakan atau denda diekeluarkan!  Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah memberi amaran kepada pertahanan Sabah Fc, Rizal Ghazali pada satu sidang media hari ini.

FAM Beri Amaran Keras Kepada Rizal Ghazali 2

Perkara ini terjadi apabila Rizal Ghazali tidak mahu melapor diri ke kem pusat latihan pusat pasukan kebangsaan Harimau Malaya baru baru ini. Tiada tindakan atau denda yang dikeluarkan FAM namun amaran keras telah dikeluarkan agar pemain tersebut tidak mengulangi perkara yang sama di masa akan datang.

FAM Beri Amaran Keras Kepada Rizal Ghazali 3

“Pemain Sabah FC, Mohd Rizal Mohd Ghazali telah diberi amaran keras agar tidak mengulangi tindakannya yang enggan melapor diri ke kem latihan pusat pasukan kebangsaan, Malaysia pada 14 Mac 2022, susulan itu surat amaran telah dikeluarkan oleh FAM kepada Mohd Rizal agar menghormati panggilan skuad kebangsaan jika tidak mahu dikenakan sebarang tindakan dan Mohd Rizal sudah pun menjawab surat tunjuk sebab kepada FAM.”

“Sebagai peringatan tambahan, Mohd Rizal diingatkan agar tampil melapor diri terlebih dahulu dan mengemukakan sebab kepada pengurusan pasukan seandainya mempunyai alasan kukuh untuk menarik diri dari menyertai panggilan kem latihan pada masa akan datang.” ujar kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar.

FAM Beri Amaran Keras Kepada Rizal Ghazali 4

Sikap Rizal yang berdiam diri pada ketika itu turut mendapat teguran dari pengurusan Sabah Fc yang meminta Rizal memberi penjelasan keengganan beliau menyertai kem latihan negara. Hanya selepas beberapa hari selepas itu Rizal berkongsi masalah keluarga yang dihadapinya kerana ayahnya yang sedang sakit dan terus menghubungi pihak pengurusan FAM.

Sebelum ini Rizal diletakkan berada didalam senarai bersedia untuk dipanggil oleh ketua jurulatih negara, Kim Pan Gon sekiranya berlaku sebarang kemungkinan. Namun, keengganan Rizal itu memaksa Kim Pan Gon memanggil Ahmad Khuzaimi Piee untuk menggantikan tempatnya dan pemain pertahanan Negeri Sembilan FC itu hadir melapor diri pada 14 Mac 2022.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3