Faisal Halim Kekal Positif Terhadap Pasukan!


Pemain tengah negara, Faisal Halim menganggap ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon memiliki skuad seimbang dalam merencanakan perancangan terbaik menjelang saingan Kings Cup di Chiang Mai bermula Khamis ini.

Faisal Halim Kekal Positif Terhadap Pasukan! 1

Baginya, kombinasi pemain muda dan pemain yang ‘tidak terlalu tua’ akan meningkatkan kualiti skuad kebangsaan berbanding barisan terdahulu.

Jika dilihat kepada senarai pemain yang dipilih Pan-gon kali ini, hanya ada tiga pemain yang melebihi usia 30 tahun iaitu Brendan Gan (34 tahun), Darren Lok (32) dan Corbin Ong (31).

Sila Baca Disini : FAM Mengaku Harimau Muda Gagal!

Faisal Halim Kekal Positif Terhadap Pasukan!


“Ini adalah barisan yang mungkin akan menjadi skuad terbaik buat negara pada masa akan datang,” katanya kepada wartawan Nadi Arena, Fina Nasrom.

“Kerana kami memiliki campuran pemain muda dan pemain senior yang tidak terlalu tua. Apa yang saya boleh katakan, dalam pasukan ini tiada pemain bintang dan itulah perkara terpenting.

“Semua pemain bekerjasama dan kita tidak boleh menafikan bahawa kita ada pemain muda yang bagus.

“Sasaran peribadi saya adalah untuk membawa skuad negara ke final,” katanya.

Faisal Halim Kekal Positif Terhadap Pasukan! 2

Pemain tengah skuad Harimau Malaya, Nor Azam Azih pula mengakui sukar buatnya untuk menampilkan prestasi terbaik seperti dahulu akibat kecederaan lutut yang dialaminya sejak 2017.

Sebagai langkah alternatif beliau terpaksa mengambil pil tahan sakit setiap kali sebelum perlawanan dan mengikat lutut menggunakan pita apabila sesi latihan.

“Permainan saya tak sama macam dulu disebabkan sakit di bahagian meniskus. Ia mengganggu prestasi saya dalam liga kerana tak boleh betul-betul kerah kudrat.

“Saya seorang pemain yang gemar lakukan pintasan (interception) tetapi sakit dialami ini membuatkan saya sukar untuk buat demikian. Jadi keyakinan saya agak kurang,” katanya.

Bagaimanapun, Azam tiada masalah untuk memberikan yang terbaik sekiranya diberi kepercayaan oleh ketua jurulatih, Kim Pan-gon untuk bermain.

Malaysia akan menentang tuan rumah, Thailand pada Khamis ini dan sekiranya menang, skuad negara akan bertemu sama ada Tajikistan atau Trinidad & Tobago bagi penentuan kejuaraan.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3