Eyka Farhana Di Suruh Tutup Aurat Kerana Terlalu Seksi.

Seorang selebriti sering berkongsi perkembangan dan juga aktiviti harian mereka dengan peminta melalui media sosial namum terkadang perkongsian tersebut medapat pujian , ikutan malah menjadi kecaman para netizen yang mungkin tidak senang dengan apa yang dilakukan oleh seseorang selebriti itu.

Pelakon kecil molek  Eyka Farhana baru- baru ini nampaknya telah menjadi perhatian netizen apabila dia dikatakan berpakaian terlalu seksi dan mencolok mata malah brkongsi gambar tersebut di laman sosialnya.

Dia yang sekarang semakin suka berpakaian seksi dan tidak menghiraukan kritikan pihak lain asalkan dirinya selesa malah mengakui dirinya sekarang sedang sibuk mencipta nama dan juga lebih mementingkan kerjaya seninya berbanding dengan kritikan para netizen yang tidak memberikan apa-apa keuntungan.

 

Eyka Farhana Di Suruh Tutup Aurat Kerana Terlalu Seksi. 2

Mendapat banyak kritikan daripada netizen yang mendakwa dia hanyalah ‘fashion victim’ berikutan busana yang dipakainya seperti tidak cukup kain dan terlalu  terdedah.

Eyka yang menggayakan busana yang berwarna hitam dihiasi reben hitam yang besar menutupi bahagian dadanya kelihatan begitu aneh dan tidak selesa kerana rebenya kelihatan sangat besar.

Walaupun sering diasak dengan pelbagai kritikan daripada netisen, pelakon drama Budak Tebing ini tidak akan melatah dan hanya membiarkan komen-komen tersebut berlegar di media sosialnya kerana tidak mengganggu kariernya sebagai pelakon. Malah pernah mendapat tawaran berlakon di Indonesia dan berkerjasama dengan pelakon hebat Indonesia.

BAnyak Komen yang menegur dan berpesan agar Eyla lebih menjaga aurat agar tidak keterlaluan dalam pemakaian.

Tutup aurat kak. Insya-Allah akan mendapat hidayah nanti.” tulis seorang netizen.

“Mangsa kezaliman fesyen. Sanggup buat apa sahaja demi populariti.” sahut pengguna yang lain pula.

Terdahulu , Eyka Farhana masih tidak memikirkan soal jodoh kerana masih sebuk dalam mengajar keriernya sebagai pelakon dan berniat untuk menjadi pelakon hebat dan terkenal suatu hari nanti.


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3