Ex atau orang baru, jawapan ‘deep’ Iqram Dinzly buat netizen salute


Pelakon, Iqram Dinzly nampaknya menarik perhatian netizen selepas muat naik yang dikongsi pencipta kandungan dikenali sebagai Asri Kamarudin mencuri tumpuan apabila ditonton sebanyak 1.4 juta kali dan menerima lebih 180,000 suka daripada pengguna platform TikTok.

Bagi pengguna platform yang terlibat, sudah tentu anda telah menonton kandungan yang dihasilkan oleh pemilik akaun tersebut, soalan manakah yang ditanya kepada individu yang ditemu bual adalah soalan yang berbunyi, “Get back dengan ex or someone new,” (Kembali kepada bekas kekasih atau orang baru.”

Ex atau orang baru, jawapan ‘deep’ Iqram Dinzly buat netizen salute 1

Soal kembali kepada bekas atau orang baru itu turut diajukan kepada Iqram Dinzly yang mana video yang dikongsikan itu turut membuatkan ramai yang amat tertarik dengan jawapan yang diberikan oleh pelakon drama Dunia Baru ini.

Kata-kata Iqram Dinzly yang diberikan selama 23 saat dalam video ini bagaimanapun menarik perhatian ramai sehingga menerima ribuan komen daripada netizen selain kata-kata yang dikeluarkan pelakon ini yang membuatkan segelintir peminatnya sangat menyukainya.

@asrikamarudin Muka agak barai sikit ya. Baru settle share rezeki bersama sahabat kita di Pekan Ipoh. Apa pendapat korang? #joedoh ♬ original sound – Asri Kamarudin

Ruangan komen di perkongsian video pemilik content creator bernama asrikamarudin itu juga menerima komen netizen yang mengatakan meskipun simple kata-kata Iqram Dinzly namun sangat deep sekali gus menyedarkan orang.


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3