Baru-baru ini TNG Group dengan kerjasama dengan Principal Asset Management telah mengumumkan bahhawa GO+ yang terkini adalah produk eWallet patuh syariah pertama di Malaysia.
GO+ baharu direka untuk kegunaan umum yang memerlukan nilai pelaburan serendah RM10 sahaja. Ianya juga berpotensi mendapat pulangan balik bagi semua transaksi dalam eWallet. Platform ini dijangka dapat memanfaatkan lebih 1.2 juta pengguna Malaysia.
Baca juga:
Kelebihan Go+:
Berikut merupakan kelebihan utama GO + Touch n Go:
- Akaun GO+ senang dibuka dan pantas.
- Jumlah pelaburan awal yang berpatutan.
- Kelancaran tambah nilai baki Touch ‘n Go eWallet melalui fungsi Quick Reload Payment.
- Pulangan kredit setiap hari
- Pengeluaran wang yang efektif.
Go+ Patuh Syariah:
Berikut adalah ciri-ciri Go+ adalah patuh Syariah:
- Touch n Go telah membuat penambahbaikan dan kini berstatus patuh Syariah.
- Semua Nilai Aset Bersih (NAB) Dana akan dilaburkan ke dalam kombinasi tunai (di bank).
- Penempatan deposit Islam.
- Pasaran wang Islam.
Cara Daftar Tambah Nilai:
Berikut merupakan langkah untuk mendaftar dan tambah nilai kali pertama:
- Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia.
- Berumur 18 tahun ke atas.
- Pemohon hendaklah membuat pengesahan akaun Touch ‘n Go eWallet.
- Kemudian sahkan akaun Touch ‘n Go eWallet dengan ID.
- Kemas kini maklumat peribadi anda di Touch ‘n Go eWallet.
- Pastikan pengesahan akaun dan kenaikkan taraf ke GO+ telahpun berjaya.
- Barulah anda boleh memasukkan wang ke akaun GO+.
Jumlah Minimum & Maksimum Baki Akaun GO+:
Jumlah minimum yang perlu dimasukkan untuk setiap transaksi adalah RM10.
Jumlah maksimum akaun individu bagi akaun GO+ adalah RM9,500.
Nota: Sekiranya anda telah mencapai had maksimum ini, anda tidak boleh masukkan wang ke dalam akaun GO+ lagi. Namun, anda masih boleh mendapat pulangan pelaburan harian anda.
Maklumat Lanjut:
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Khidmat Pelanggan Touch ‘n Go eWallet di talian +(603) 5022 3888 atau layari laman sesawang Touch n Go.