Home » Permohonan » eSPKR PPRT: Cara Mohon Program Perumahan Rakyat Termiskin 2021

eSPKR PPRT: Cara Mohon Program Perumahan Rakyat Termiskin 2021

Permohonan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) 2021

Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) telah menyediakan satu bantuan program perumahan rakyat khusus untuk penduduk miskin dan miskin tegar di luar bandar iaitu Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Objektif pelaksanaan program ini adalah bagi meningkatkan kualiti hidup keluarga miskin & miskin tegar dengan membina atau membaik pulih rumah bagi menyediakan tempat kediaman yang lebih selamat & selesa sebagai asas pertumbuhan sesebuah keluarga.

Skop Bantuan Yang Ditawarkan

Berikut adalah skop bantuan yang ditawarkan kepada anda yang layak:

Bina Baharu

Bantuan ini adalah untuk keluarga yang tidak mempunyai rumah ataupun rumah yang didiami terlalu uzur, tidak selamat diduduki & tidak ekonomik untuk diperbaiki.

Baik Pulih

Bantuan ini hanya melibatkan komponen-komponen asas sebuah rumah dan bahan binaan yang digunakan hendaklah sama atau setara dengan spesifikasi bahan binaan baharu. Baik pulih rumah hanya melibatkan 3 komponen utama iaitu:

  • Penyelenggaraan
  • Penambahbaikan
  • Requisition
Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN? Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan di https://t.me/bantuankerajaan

Kumpulan Sasar

Berikut adalah kumpulan sasar yang layak untuk menerima bantuan PPRT:

  1. Pemohon telah disahkan sebagai miskin tegar atau miskin yang berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (e-Kasih)
  2. Pemohon telah diperaku dan disahkan layak oleh Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Daerah (FGD) atau Negeri (FGN) ataupun jawatankuasa yang setara dengannya di peringkat negeri
  3. Pemohon diperakui oleh agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam program pembasmian kemiskinan
  4. Pemohon diperakui oleh jawatankuasan di peringkat kementerian

Syarat Kelayakan

Berikut adalah syarat kelayakan untuk membuat permohonan bantuan PPRT bagi pemohon yang ingin bina baharu & baik pulih rumah.

Bagi pemohon yang ingin bina baharu:

  • Pemohon yang tidak mempunyai rumah
  • Pemohon mendiami rumah yang terlalu uzur & tidak selamat didiami
  • Rumah pemohon tidak ekonomik untuk dibaiki
  • Pemohon memiliki tanah sebahagian atau mendapat kebenaran menggunakan tanah daripada Tuan Tanah (tanah atas milik ibu / bapa / adik-beradik / saudara-mara yang mempunyai pertalian darah dengan pemohon atau tanah kerajan atau tanah wakaf) dengan kemukakan Borang Kebenaran Menggunakan Tanah
  • Borang Kebenaran Menggunakan Tanah – KLIK SINI

Bagi pemohon yang ingin membaik pulih rumah:

  1. Bantuan diberikan kepada pemohon yang mempunyai rumah uzur ataupun rosak disebabkan oleh bencana & masih ekonomik untuk dibaiki.
  2. Pemohon mendapat kebenaran untuk membaik pulih bagi kes menumpang tanah milik orang lain / tanah milik sebahagian / tanah kerajaan dengan mengemukakan Borang Kebenaran Menggunakan Tanah.
  3. Borang Kebenaran Menggunakan Tanah – KLIK SINI

Namun begitu, pemohon di dalam kategori berikut akan diberikan keutamaan:

  • Warga emas
  • Orang Kurang Upaya (OKU)
  • Ibu / bapa tunggal yang mempunyai tanggunan ramai.
  • Manga bencana berskala kecil
  • Keutamaan pelaksaan program adalah kepada negeri dan daerah yang mempunyai kadar kemiskinan tegar yang tinggi.

Cara Membuat Permohonan

Berikut dikongsikan bagi membuat permohonan:

  1. Sila buka laman web eSPKR di https://espkr.rurallink.gov.my/v1/online/
  2. Boleh klik pada bahagian “Program Perumahan Rakyat Termiskin”
  3. Sila isi maklumat yang diperlukan
  4. Sila muat naik dokumen
  5. Boleh buat perakuan sebelum menghantar permohonan

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pihak KPLB di talian ini : 03-8000 8000.

Disclaimers – Semua yang kami kongsikan dihalaman ini hanyalah panduan dan ringkasan artikel berkaitan dengan “eSPKR PPRT: Cara Mohon Program Perumahan Rakyat Termiskin 2021” sahaja. kami tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua hebahan berpandukan sumber official dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!