Dasar kualiti selaras dengan dasar kualiti Pejabat Setiauasaha Kerajaan Johor telah diwujudkan olhe Bahagian Perumahan Johor. eRumah johor merupakan rumah mampu biaya Johor.
Tujuan Bahagian Perumahan Johor melakukan inisiatif ini adalah untuk membantu pemilikan hartanah mampu milik bersesuaian dengan keperluan glongan sasar sebagaimana Dasar Perumahan Rakyat dan menjamin peluang pemilikan hartanah oleh Bumiputera berlandaskan dasar-dasar kerajaan.
Bagi anda yang berminat untuk cuba membuat permohonan eRumah Johor ini, baca perkongsian di bawah berkenaan cara mohon rumah mampu biaya johor ini :
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Syarat Mohon eRumah Johor (Rumah Mampu Biaya)
Bagi anda yang ingin membuat permohonan eRumah Johor ini, berikut ialah syarat permohonan yang diperlukan :
Jenis-Jenis Rumah Mampu Biaya
Terdapat beberapa jenis rumah yang ditawarkan untuk rumah mampu biaya ini, jenis rumah ini ditawarkan mengikut kemampuan serta kadar pendapatan dan harga yang berbeza. Antaranya ialah :
Cara Guna Portal SPJ eRumah
Masukkan URL laman sesawang https://erumah.johor.gov.my. Halaman utama laman Portal eRumah akan dipaparkan.
Topik 1: Daftar Akaun
0️⃣1️⃣Pemohon perlu klik butang “Daftar Akaun Sekarang” untuk mendaftar akaun dengan SPJ.
0️⃣2️⃣Pada Skrin Daftar Akaun, klik kotak Individu
0️⃣3️⃣Skrin Syarat-Syarat Pendaftaran Akaun akan dipaparkan.
0️⃣4️⃣Setelah membaca dan memahami syarat-syarat permohonan, klik Saya Setuju jika bersetuju. Manakala, jika tidak bersetuju dengan syarat, klik Tidak Bersetuju
0️⃣5️⃣Jika bersetuju, Borang Pendaftaran Akaun Baru – Individu akan dipaparkan. Tetapi, jika tidak bersetuju, skrin utama Portal Awam SPJ akan dipaparkan
0️⃣6️⃣Pemohon perlu melengkapkan maklumat individu.
0️⃣7️⃣Maklumat yang diperlukan termasuk Nama Individu, No Kad Pengenalan Individu, Tarikh Lahir, Emel dan Kata Laluan.
0️⃣8️⃣Tandakan √ pada kenyataan Saya Bukan Robot. Kemudian klik DAFTAR.
0️⃣9️⃣Mesej notifikasi akan dipaparkan. Klik Tutup untuk menutup mesej notifikasi. Satu emel akan dihantar ke alamat emel yang didaftarkan.
1️⃣0️⃣Sekiranya anda pernah mendaftar menggunakan No Kad Pengenalan yang sama, satu mesej makluman akan dipaparkan.
Topik 2: Log Masuk Portal SPJ
0️⃣1️⃣Dibahagian atas sebelah kanan, klik Log Masuk ke Dalam Akaun. Kemudian, Skrin Log Masuk Sistem akan dipaparkan
0️⃣2️⃣Klik kotak Individu untuk login ke Portal Awam SPJ. Kemudian, skrin untuk masukkan Kata Nama dan Kata Laluan akan dipaparkan
0️⃣3️⃣Masukkan Kata Nama dan Kata Laluan. Klik Log Masuk. Kemudian, mesej notifikasi akan dipaparkan.
0️⃣4️⃣Klik Tutup. Borang Maklumat Peribadi Individu akan dipaparkan.
0️⃣5️⃣Lengkapkan maklumat peribadi individu termasuk:
i. Maklumat Asas Pemohon
ii. Alamat Pemohon
iii. Maklumat Tambahan Pemohon
iv. Maklumat Pasangan Pemohon
0️⃣6️⃣Tandakan √ pada ruangan Akuan Pemohon.
0️⃣7️⃣Kemudian, klik Hantar. Mesej notifikasi akan dipaparkan.
0️⃣8️⃣Klik Tutup untuk menutup mesej notifikasi.
Topik 3: Memohon Rumah Mampu Biaya
0️⃣1️⃣Klik Perumahan Mampu Biaya. Skrin Senarai Permohonan Mampu Biaya akan dipaparkan.
0️⃣2️⃣Klik Permohonan Baru. Kemudian, skrin Syarat Kelayakan Permohonan Rumah Mampu Biaya akan dipaparkan.
0️⃣3️⃣Setelah memahami syarat kelayakan, klik pada Butang Saya Setuju JIKA ingin meneruskan permohonan. Sebaliknya, jika tidak mahu meneruskan permohonan, klik pada Butang Tidak Setuju.
0️⃣4️⃣Pemohon dikehendaki memilih Nama Projek dan memasukkan Cara Bayaran Pembelian Rumah.
Kemudian, klik Butang Hantar.
0️⃣5️⃣Untuk meneruskan permohonan, klik Ya. Jika tidak mahu meneruskan permohonan, klik Tidak.
0️⃣6️⃣Jika klik Ya, mesej notifikasi akan dipaparkan. Jika klik Tidak, skrin borang permohonan akan dipaparkan.
0️⃣7️⃣Klik Tutup untuk menutup mesej notifikasi.
Nota: STATUS PERMOHONAN = CETAK SENARAI SEMAK/AKUAN SUMPAH
Topik 4: Semak Status Permohonan
0️⃣1️⃣Klik Rumah Mampu Biaya. Kemudian, skrin Senarai Permohonan Rumah Mampu Biaya berserta STATUS akan dipaparkan.
0️⃣2️⃣Untuk paparkan status terperinci, klik Menu SEMAKAN STATUS PERMOHONAN.
0️⃣3️⃣Senarai terperinci status permohonan akan dipaparkan.
✍️Nota: Status TERKINI adalah yang berwarna BIRU
Topik 5: Kemaskini Akaun
0️⃣1️⃣Klik Kemaskini Akaun. Kemudian, skrin Kemaskini Akaun akan dipaparkan.
0️⃣2️⃣Lengkapkan maklumat yang ingin dikemaskini dengan mengisi maklumat :
✏️Kata Laluan Lama
✏️Kata Laluan Baru
✏️Ulang Kata Laluan
0️⃣3️⃣Kemudian, klik Kemaskini. Mesej notifikasi akan dipaparkan.
0️⃣4️⃣Klik Tutup untuk menutup mesej notifikasi.
FAQ (Soalan Lazim)
SIAPAKAH YANG LAYAK UNTUK MEMOHON PERUMAHAN RAKYAT JOHOR?
PERMOHONAN PERUMAHAN RAKYAT JOHOR INI TERBUKA KEPADA RAKYAT JOHOR ATAU YANG TELAH MENETAP DI JOHOR LEBIH DARI 5 TAHUN DAN BERUMUR DARI 18 TAHUN KE ATAS DENGAN PENDAPATAN KASAR BULANAN TIDAK LEBIH DARIPADA RM8,000 PENDAPATAN KASAR BULANAN.
MENGAPAKAH PERUMAHAN RAKYAT JOHOR YANG DIBINA KEBANYAKANNYA STRATA (FLAT)?
PERUMAHAN RAKYAT JOHOR DIBINA BERGANTUNG KEPADA CADANGAN PEMBANGUNAN DARI PEMAJU BERDASARKAN SAIZ DAN KELUASAN TANAH.
BOLEHKAH SIJIL LAYAK MEMILIKI RUMAH (SLMR) YANG DIPEROLEHI DISERAHKAN ATAU DI TUKAR NAMA KEPADA SAUDARA MARA ATAU INDIVIDU LAIN?
SIJIL LAYAK MEMILIKI RUMAH (SLMR )YANG DIPEROLEH TIDAK BOLEH DISERAHKAN ATAU DITUKAR NAMA KEPADA SAUDARA MARA ATAU INDIVIDU LAIN.
📜Untuk mengdapatkan soalan lazim secara keseluruhan anda klik rujukan disini : Manual Pengguna
Maklumat Lanjut
📍Bahagian Perumahan
Aras 1, Bangunan Dato’ Abdul Rahman Andak,
Kota Iskandar, 79503 Iskandar Puteri, Johor
💻Laman Web: https://erumah.johor.gov.my/
📧Email: [email protected]
☎️Tel : 07-2666260 / 07-2666261