Ernie Zakri Masih Menyanyi Nada Tinggi Walaupun Sudah 7 Bulan.


Erni Zakri yang pernah merangkul anugerah vokal terbaik dalam di Anugerah Juara Lagu sangat terkenal dengan suaranya tinggi dan unik.Selain fokus dalam kerjayanya sebagai penyanyi, Ernie juga merupakan seorang guru vokal malah menjadi guru kepada ramai penyanyi di Malaysia.

Kerana keunikan suaranya juga pernah terpilih untuk  menjadi suara Bawang Merah dan Bawang Putih dalam filem animasi, Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal.

Dia yang juga isteri kepada penyanyi dengan vokal terbaik iaitu Syamel kini sedang sarat mengandung 7 bulan anak pertama mereka dan keilhatan sangat comel dan semakin berisi .

Baru- baru ini Ernie ada membuat persembahan dalam satu majlis dengan menyanyikan lagu yang bernada tinggi. Dia langsung tidak mengalami kesukaran semasa menyanyikan lagu tersebut malah dikatakan masih ligat membuat persembahan di majlis tertentu.

Dia yang pernah mengalami kesukaran untuk membuat persembahan dan menyanyi pada awal kehamilan kerana mengalami alahan muntah-muntah dan juga mudah merasa penat .

Dia yang mengaku sangat penat diawal kehamilan dan tidak mengambil apa- apa jemputan agar tidak memudaratkan kandungan pertamanya malah suaminya juga bimbang jika berlaku sesuatu diluar jangkaan.

Ernie sangat bersyukur kerana pada akhir trimester kedua dirinya sudah selesa dan tidak mengalami kesukaran semasa kehamilan dan mula menerima tawaran menyanyi dan persembahan malah Ernie juga mengaku bahwa dia merasa gian untuk menyanyi  walaupun sedang hamil dan sangat gembira kerana keiinginannya tercapai.

Walaupun sibuk mengambil dan menerima tawaran menyanyi namun anak buah kepada penyanyi terkenal iaitu Anuar Zain sangat menitikberatkan kesihatannya dan juga aktiviti yang dilakukan agar tidak memudaratkan dirinya.

Dalam pada itu, Ernoe berkata meskipun dia aktif dengan persembahan nyanyian namun tetap menjaga kesihatan apatah lagi selepas ini dia akan cuti berpantang.

Erni yang tidak menyangkal bahwa dia sangat suka berada diatas pentas dan tidak sanggu menolak sebarang tawaran kerana merasa seronok bekerja walaupun sedang sarat mengandung.


Malah mengaggap ini peluang kepadanya sebelum melahirkan bayi pertama mereka dan perlu berpantang selama 2 bulan dan tidak bole enjoy jadi dia meggunakan kesempatan ini untuk melepaskan geram dan menyenangkan hatinya.

Dia dan suami sangat gembira dan tidak sabar untuk menimang cahaya mata yang pertama dan berharap agar segalanya dipermudahkan kerana kita masih berlawan dengan Covid – 19.

Penafian – Bahan artikel admin kongsikan dihalaman ini merupakan panduan tutorial dan rujukan ringkasan artikel related dengan “Ernie Zakri Masih Menyanyi Nada Tinggi Walaupun Sudah 7 Bulan.” sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua rujukan berasaskan sumber rasmi dan sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia