Home » Gosip Artis Malaysia » Ernie Zakri Cari Pengganti Penyanyi Lagu Boneka Untuk AJL36. Siapakah Gerangannya?

Ernie Zakri Cari Pengganti Penyanyi Lagu Boneka Untuk AJL36. Siapakah Gerangannya?

Pelantun suara emas iaitu Erni Zakri yang kini sarat hamil lapan bulan memaklumkan bahawa dia sedang mencari pengganti bagi menyanyikan lagu Boneka yang akan bertanding di pentas akhir Anugerah Juara Lagu yang ke-36 tahun ini.

Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri,29 menjelaskan bahawa dia tidak dapat menghadirkan diri untuk bertanding pada malam tersebut kerana bakal melahirkan anak sulung dalam masa terdekat ini.

Walaupun masih tidak dapat memastikan lagi bila tarikh akhir persembahan untuk AJL36 itu nanti, Ernie berkata ia mungkin diadakan sekitar bulan Februari atau Mac 2022.

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

Kalau Februari, Insya-Allah saya bakal melahirkan dan kalau Mac pula saya tengah berpantang. Jadi mustahil bagi saya untuk berada di atas pentas pada waktu itu.

Disebabkan itu , dia dan pihak terlibat memerlukan pendapat dan kebenaran daripada komposer lagu Boneka iaitu Omar K, Firdaus Rahmat dan Iqie Hugh tentang siapakah akan menggantikan dirinya kelak.

Menganai perkara itu , pihak mereka banyak menerima cadangan daripada netizen mengenai siapakah penyanyi yang sesuai untuk menjadi pengganti dan antara nama artis yang diterima adalah seperti Ziana Zain.

Tetapi macam yang saya katakan, kami masih lagi mencari calon pengganti dan berharap agar dia dapat memberikan persembahan yang best di pentas AJL36 nanti.

Sekadar info, Ernie dan Syamel telah mendirikan rumah tangga pada 26 Mac tahun lalu bertempat di Masjid Puncak Alam, Selangor , Ernie yang sudah hamil 7 bulan dijangka akan melahirkan seorang bayi perempuan pada Februari tahun ini.

Disclaimers – Semua yang admin kongsikan diatas sekadar panduan tutorial dan ringkasan yang related dengan “Ernie Zakri Cari Pengganti Penyanyi Lagu Boneka Untuk AJL36. Siapakah Gerangannya?” sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala hebahan berpandukan sumber rasmi dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!