Ernie Kongsi Tabiat Pelik Ketika Mengandung.


Ernie Zakrie yang bakal bergelar seorang ibu tidak lama lagi telah mendedahkan tabiat pelik yang sering dilakukan sepanjang kehamilannya yang mana dia sukar untuk menahan diri daripada mengunyah ketulan ais.

Jelas Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakrie, 29, dia tidak pernah teringin atau mengidam makanan yang pelik selama kehamilan anak pertanya itu tetapi ais menjadi makanan utamanya selama kehamilan .

“Setakat ini Alhamdulillah saya tak ada mengidam benda yang pelik, semuanya yang mudah-mudah sahaja. Cuma saya rasa habit yang saya perlu stop ialah mengunyah ais.


Dia mengakui bahawa tabiat seperti ini tidak pernah dibuat olehnya sebelum ini kerana sangat menjaga suara sebagai seorang penyanyi. Namun telah menjadi kebiasaan malah dijadikan snek dan mahukan ais ada setiap hari dan setiap masa untuk mengunyah.

Suaminya , Syamel hanya mengikut kehendak ibu mengandung kerana bimbang tentang emosi ibu bersalin dan semestinya kerana Erni terlalu manja kepadanya dan tidak mampu menidakkan kemahuan isterinya itu.

“Selalunya orang akan tanya nak keropok? Tetapi suami saya akan tanya nak ais?” katanya

Syamel dan Erni baru-baru ini menjadi artis jemputan bagi program konsert minggu keenam Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada malam Ahad yang mana Erni berduet dengan kumpulan SAYA manakala Syamel berduet bersama Nikki.

Erni yang berkongsi rasa terharu dan gembira kerana masih diberi peluang membawakan lagu Hampir Ke Situ nyanyian asal Mendua bersama Kumpulan SAYA walaupun usia kandungannya sudah mencecah tujuh bulan.

Mengakui merasa penat dan mengah ketika menjayakan persembahan kerana sedang sarat tetapi tetap memberikan persembahan yang terbaik dan mendapatkan pujian malah kumpulan SAYA berjaya mara ke peringkat yang seterusnya.

Melalui penjagaan kesihatan dan juga pemakanan yang baik , setakat ini Erni tidak pernah mengalami kesukaran semasa melakukan persembahan dan latihan malah sentiasa teruja apabila diberikan tugasan .

Penyanyi yang popular dengan lagu Ku Bersuara itu juga berkata bahawa dia banyak mendapatkan nasihat daripada ibunya tentang persediaan menyambut kelahiran bayi sulung mereka dan sudah membuat persediaan awal kerana tidak sabar menyambut kelahiran bayi tersebut.

Berkongsi bahawa lebih kurang 70 peratus persiapan sudah dilakukan dan banyak mendapat nasihat daripada ibunya juga namun tidak terlalu terlalu ghairah membeli barang bayi kerana katanya bayi akan cepat membesar dan mengelakkan pembaziran berlaku.

Syamel pula sudah mendedahkan jantina bayi mereka ketika konsert di Istana Budaya minggu lalu dan keputusan ujian scan mendedahkan bahawa bayi yang bakal dilahirkan adalah perempuan.

Untuk rekod, Ernie dan Syamel, 28, mendirikan rumah tangga pada 26 Mac lalu di Masjid Puncak Alam, Selangor. Erni pada awal bulan mengandung mengalami sedikit alahan namun selepas beberapa bulan mengandung telah aktif menyanyi dan sering muncul membuat persembahan di banyak majlis bersama suami tercinta.

Penafian – Semua artikel admin kongsikan diatas sekadar panduan dan ringkasan yang related dengan “Ernie Kongsi Tabiat Pelik Ketika Mengandung.” sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua hebahan berasaskan sumber rasmi dan sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia