ePrasekolah

Ini merupakan cara agaimana nak membuat permohonan menerusi sistem ePrasekolah 2020 untuk anak anda.

ePrasekolah merupakan sistem yang dibangunkan oleh KPM bagi memudahkan ibu bapa membuat permohonan secara atas talian (online) untuk kemasukan ke mana-mana prasekolah dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Syarat Prasekolah 2020

Bagi permohonan Kemasukan Ke Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk Tahun 2021 Online akan dibuka pada 1 Mac 2020 Hingga 30 April 2020.

Tarikh Isi Borang Prasekolah manual belum tahu.

Syarat Permohonan Prasekolah 2021 adalah:

  • Kanak-kanak warganegara Malaysia sahaja
  • Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2015 hingga 15 Januari 2017 sahaja yang layak mohon.
  • Dibenarkan memilih satu (1) pilihan sekolah sahaja.
  • Pimilihan akan dilakukan menerusi jawatankuasa sekolah, sebarang keputusan adalah muktamad.

Proses Permohonan ePrasekolah

Apabila tarikh permohonan dibuka boleh mohon melalui https://eprasekolah.moe.gov.my/ sebelum tarikh tutup.

Ikuti proses-proses seperti dibawah. Semak keputusan boleh dibuat apabila tarikh buka sahaja.

proses eprasekolah

Semakan Keputusan Prasekolah 2020 (ePrasekolah)

Semakan boleh dibuat melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my juga sekitar bulan Ogos 2020 (akan dikemaskini).

Jika GAGAL, boleh terus membuat rayuan prasekolah sejurus selepas ada membaut semakan tersebu.

Cara Login ePrasekolah

Layari https://eprasekolah.moe.gov.my dan log masuk dengan menggunakan ID dan kata laluan yangtelah didaftarkan

Kalau Lupa kata lalauan (Password) boleh ketik “Lupa Katalaluan”.

eprasekolah1

Daftar Pengguna bagi pengguna baharu

Nota:
Sila pastikan segala maklumat yang anda didaftarkan merupakan maklumat ibu bapa/penjaga keapada anak yang nak didaftarkan itu.
Sila pastikan nama yang didaftarkan adalah nama penuh dan no mykad yang betul bagi
mengelakkan sebarang masalah ketika pendaftaran.
Sila pastikan pengguna mengingati katalaluan dan tidak mendedahkan katalaluan kepada orang lain.
Sila pastikan alamat email dan nombor telefon yang didaftarkan adalah aktif.

Dah sattle daftar boleh terus login.

eprasekolah3

Klik butang Permohonan Kemasukan ke Prasekolah KPM

Dah masuk borang permohonan tersebut korang hanya perlus ikut step yang diaorg berikan serta isi butiran berkaitan yang diperlukan hingga selesai dan cetak. Selesai.

Lebih Detail boleh rujuk PDF ePrasekolah

Bantuan Helpdesk

Jika anda ada sebarang pertanyaal lanjut boleh rujuk pada mana-mana berikut :

Jabatan Pendidikan Negeri (Unit Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Prasekolah)
Pejabat Pendidikan Daerah / Pejabat Pendidikan Wilayah (Pegawai Prasekolah)

Atau boleh email ke mana-mana jabatan pendidikan negeri (unit pendidikan awal kanak-kanak & Prasekolah) :

JPN Johor – [email protected]
JPN Kedah –  [email protected]
JPN Kelantan – [email protected]
JPN Melaka – [email protected]
JPN Negeri Sembilan – [email protected]
JPN Pahang – [email protected]
JPN Perak – [email protected]
JPN Perlis – [email protected]
JPN Pulau Pinang – [email protected]
JPN Sabah – [email protected]
JPN Sarawak – [email protected]
JPN Selangor – [email protected]
JPN Terengganu – [email protected]
JPWP Kuala Lumpur – [email protected]
JPWP Labuan – [email protected]
JPWP Putrajaya – [email protected]

Jika mempunyai aduan berkenaan sistem sila emelkan kepada:
[email protected]

Leave a Reply