ePrasekolah KPM: Cara Semakan Penempatan Prasekolah Untuk Sesi 2022


Cara Semakan Penempatan Prasekolah KPM Sesi 2022

Semakan Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi tahun 2022 secara dalam talian melalui Portal ePrasekolah KPM dibuka mulai 5 Ogos 2021.

Portal Malaysia ingin berkongsi maklumat lanjut tentang cara membuat semakan penempatan dan pengesahan online di portal tersebut.

Tarikh Semakan Penempatan Prasekolah 2022 Online


Dibuka Mulai 5 Ogos 2021 secara dalam talian melalui Portal ePrasekolah KPM.

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join WhatsApp Rasmi Bantuan Kerajaan :
Klik Sini

Baca Juga: Jadual Jangkaan Masa Duit iCitra Masuk Bank – Maybank, CIMB, Bank Rakyat dan lain-lain.

Cara Semakan Online Keputusan Penempatan Permohonan Prasekolah 2022

ePrasekolah KPM: Cara Semakan Penempatan Prasekolah Untuk Sesi 2022 1

Setelah berjaya daftar prasekolah 2022 online, sila buat semakan melalui cara berikut:

  1. Secara Dalam Talian/Online – Semakan boleh dibuat melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my mulai tarikh 5 Ogos 2021 (tertakluk kepada pindaan).
  2. Secara Manual Melalui Sekolah Dimohon – Semakan boleh dibuat melalui sekolah yang dimohon mulai tarikh 5 Ogos 2021 (tertakluk kepada pindaan).

Status adalah merujuk kepada status permohonan sama ada;

  1. Menunggu Pengesahan → Cetakan borang permohonan dan salinan dokumen belum dihantar dan diterima oleh pihak prasekolah/dokumen permohonan sedang disemak.
  2. Tidak Lengkap → Permohonan/dokumen tidak lengkap sila rujuk email dan kemas kini maklumat yang berkenaan/hubungi sekolah yang dimohon untuk maklumat lanjut.
  3. Disahkan → Borang permohonan telah diterima dan salinan dokumen telah disahkan oleh pihak prasekolah untuk diproses dan dibawa ke mesyuarat pemilihan.
  4. Berjaya → Permohonan telah berjaya dan ditawarkan tempat di prasekolah yang dimohon. Sila cetak surat tawaran.
  5. Tidak Berjaya → Permohonan tidak berjaya dan boleh membuat rayuan.

Baca juga: Vaksinasi Secara Walk-In PPV Di Lembah Klang Bermula 2 Ogos

Cara Rayuan Permohonan

  • Bagi permohonan yang tidak berjaya, ibu bapa/penjaga boleh mengemukakan rayuan melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my iaitu dalam tempoh 2 minggu selepas keputusan diumumkan.
  • Bagi ibu bapa / penjaga yang mengemukakan permohonan secara manual, rayuan boleh dikemukakan sama ada di sekolah yang dimohon atau Pejabat Pendidikan Daerah(PPD)/ Pejabat Pendidikan Wilayah (PPW) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi negeri yang tiada PPD / PPW.
  • Keputusan rayuan boleh disemak melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my mulai 10 September 2021 (tertakluk kepada pindaan).
  • Bagi rayuan secara manual, semakan keputusan boleh dibuat di tempat rayuan dihantar. Ibu bapa/penjaga juga akan dimaklumkan oleh pihak sekolah yang berkenaan bagi rayuan yang telah berjaya.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan boleh layari laman web berikut:  https://eprasekolah.moe.gov.my/

Anda boleh juga kemukakan pertanyaan anda melalui email kepada Jabatan Pendidikan Negeri.


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3