EPL Akhirnya Terima Cadangan Pertukaran 5 Pemain!


5 Pemain Musim Hadapan 23/24.  Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.

Premier League atau dikenali sebagai EPL akan memperkenalkan lima pertukaran pemain untuk setiap kelab dalam satu perlawanan musim hadapan. Peraturan ini akan diperkenalkan apabila tarikh jendela perpindahan musim panas diumumkan.

EPL Akhirnya Terima Cadangan Pertukaran 5 Pemain! 2

Pertukaran lima pemain pada awalnya diperkenalkan pada Mei 2020 disebabkan oleh pandemik coronavirus. Namun, peraturan ini telah beralih semula kepada pertukaran tiga pemain untuk musim 2021/2022. Kelab teratas liga memainkan peranan penting apabila telah mengundi untuk peraturan pertukaran ini pada mesyuarat pemegang saham dari semua 20 kelab Premier League khamis lepas.

EPL Akhirnya Terima Cadangan Pertukaran 5 Pemain! 3

Pada dua tahun lepas, banyak kelab telah beberapa kali menolak untuk peraturan pertukaran lima pemain ini atas sebab sebab tertentu namun akhirnya menerima pada musim ini. Pihak Premier League juga telah mengesahkan tarikh jendela perpindahan musim panas yang akan bermula pada hari Jumaat 10 Jun dan akan berakhir pada hari Khamis 1 September pada pukul 11 malam. Pihak liga juga mengumumkan perubahan pada ujian Covid19 dengan hanya individu bergejala sahaja yang akan membuat ujian.

EPL Akhirnya Terima Cadangan Pertukaran 5 Pemain! 4

“Pemegang saham Premier telah berjumpa dan berbincang tentang pelbagai perkara. Antaranya adalah kelab kelab telah bersetuju untuk mengubah peraturan tentang pertukaran pemain. Pada musim hadapan, kelab kelab akan dibenarkan untuk menggunakan lima pertukaran sebanyak tiga kali semasa perlawanan berlangsung dengan peluang tambahan pada separuh masa. Jadi, sembilan pemain simpanan boleh dinamakan dalam pasukan.”

“Kami juga mengesahkan bahawa pintu perpindahan musim panas 2022 akan dibuka pada 10 Jun dan akan berakhir pada 1 September selari dengan liga eropah lain. Untuk tambahan, Premier League hari ini mengemas kini langkah langkah untuk Covid19. Pada 4 April nanti, liga akan keluarkan arahan untuk mengubah ujian Covid19 kepada pemain dan kakitangan yang perlu menjalani ujian dua kali seminggu kepada ujian hanya kepada individu yang mempunyai gejala.

Antara perkara utama lain termasuk penyingkiran keperluan pasport klinikal untuk mengakses kawasan larangan sebelum ini di padang latihan dan pada hari perlawanan apabila liga perdana kembali beroperasi seperti biasa.” ujar wakil Premier League.

EPL Akhirnya Terima Cadangan Pertukaran 5 Pemain! 5

Jurulatih EPL seperti Thomas Tuchel, Pep Guardiola,Jurgen Klopp serta Ralf Rangnick antara jurulatih yang menyokong peraturan baharu ini demi kebaikan pemain serta sedikit sebanyak membantu kakitangan jurulatih dalam taktikal. Namun ada juga jurulatih yang membantah seperti Sean Dyche yang menyatakan peraturan itu akan memberi kelebihan kepada kelab besar yang mempunyai ramai pemain bintang.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3