Home » Permohonan » ePerumahan Terengganu: Sistem Permohonan Rumah Mampu Milik Negeri Terengganu

ePerumahan Terengganu: Sistem Permohonan Rumah Mampu Milik Negeri Terengganu

SISTEM PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK NEGERI TERENGGANU

Sistem Permohonan Rumah Mampu Milik Negeri Terengganu (ePerumahan) telahpun dinaik taraf & akan dibuka bermula 1 September 2021.

Bagi pemohon yang telah pun membuat permohonan pada versi 1 & 2 sebelum ini pula perlu membuat kemaskini maklumat bermula 1 September hingga 31 Disember 2021.

Portal Malaysia ingin kongsikan terma dan syarat di bawah sebelum memohon.

Apakah ePerumahan Terengganu?

  • ePerumahan Terengganu adalah sebuah Sistem Permohonan Rumah Mampu Milik Negeri Terengganu yang mengendalikan Skim Pinjaman Perumahan Negeri Terengganu.
  • Melalui sistem ini, permohonan anda boleh dibuat secara atas talian (online) & segala maklumat boleh didaftarkan dengan selamat & mudah.
Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN? Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan di https://t.me/bantuankerajaan

Syarat Kelayakan

RUMAH JENIS A

  1. Pemohon atau pasangan merupakan rakyat Terengganu yang menetap dalam negeri Terengganu sahaja.
  2. 21 tahun dan keatas sahaja, bagi pemohon yang berumur melebihi 50 tahun boleh dipertimbangkan dengan syarat mempunyai jaminan bayaran daripada ahli keluarga. (Ahli keluarga ditakrifkan daripada anak / adik beradik kandung).
  3. Berkahwin; 10 % diperuntukkan kepada golongan bujang yang berpendapatan bulanan tidak melebihi RM 2,500.
  4. Pemohon & pasangan belum pernah memiliki rumah.
  5. Pemohon & pasangan tidak pernah menerima tanah anugerah kediaman daripada pihak kerajaan.
  6. Pendapatan kasar bulanan isirumah (pemohon dan pasangan) sebagaimana berikut:
    • Pendapatan minimum RM 1,500 sehingga pendapatan maksimum RM 4,000 bagi perumahan awam dan
    • Pendapatan minimum RM 2,000 sehingga pendapatan maksimum RM 4,500 bagi perumahan swasta.
  7. Bagi pemohon & pasangan dari penjawat awam, hanya yang bergred 1 hingga 22 sahaja layak memohon
  8. Isteri kedua / ketiga / keempat layak dipertimbangkan sekiranya mempunyai pendapatan bulanan tidak melebihi RM 2,500 sebulan.
  9. Penerima hanya layak memiliki RMM / RPMM sekali sahaja dan sekiranya rumah tersebut dijual (selepas sekatan moratorium), penerima tidak layak lagi membuat permohonan kedua dan seterusnya.

RUMAH JENIS B

  1. Pemohon atau pasangan merupakan rakyat Terengganu yang menetap dalam negeri Terengganu sahaja.
  2. 21 tahun keatas sahaja.
  3. Berkahwin; 10 % diperuntukkan kepada golongan bujang yang berpendapatan bulanan tidak melebihi RM 4,500.
  4. Pemohon dan pasangan belum pernah memiliki rumah.
  5. Pemohon dan pasangan tidak pernah menerima tanah anugerah kediaman daripada pihak kerajaan.
  6. Pendapatan kasar bulanan isirumah (pemohon dan pasangan) tidak melebihi RM 7,000 sebulan.
  7. Isteri kedua / ketiga / keempat layak dipertimbangkan sekiranya mempunyai pendapatan bulanan tidak melebihi RM 4,500 sebulan.
  8. Penerima hanya layak memiliki RMM / RPMM sekali sahaja dan sekiranya rumah tersebut dijual (selepas sekatan moratorium), penerima tidak layak lagi membuat permohonan kedua dan seterusnya.

Baca juga: Semakan GKP 4.0 : Tarikh Bayaran RM1000 September & November

Cara Permohonan / Pendaftaran

Untuk memohon Rumah Mampu Milik Terengganu, boleh daftar secara online di laman web berikut:

Sila ujuk langkah-langkah di bawah untuk membuat permohonan anda:

  1. Sila daftar sebagai pengguna di laman web rasmi https://eperumahan.terengganu.gov.my/
  2. Bolah log masuk ke akaun anda
  3. Sila Pilih Kategori Rumah berdasarkan kelayakan anda.
  4. Sila Kemaskini d& isi maklumat pemohon.
  5. Pilih projek bagi kategori pembelian rumah (sekiranya ada iklan).
  6. Sila Hantar permohonan beserta dokumen lengkap.

Baca juga: Positif Covid-19 Boleh Mohon MySalam Jika Dikuarantin Atau Disahkan Positif. Senang Je Mohon!

Maklumat Lanjut

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN TERENGGANU
(BAHAGIAN PERUMAHAN)
TINGKAT BAWAH NO.28,
PUSAT NIAGA PAYA KELADI,
20000 KUALA TERENGGANU.

Telefon: + 09-626 7999 /+ 09-631 7999

E-mel: [email protected]

Laman web: https://eperumahan.terengganu.gov.my/

Disclaimers – Bahan yang portalamalaysia share dihalaman ini merupakan tutorial dan rujukan artikel related dengan “ePerumahan Terengganu: Sistem Permohonan Rumah Mampu Milik Negeri Terengganu” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua rujukan berasaskan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes