e Pengambilan PDRM – Jawatan Kosong Polis DiRaja Malaysia (PDRM) 2021

Home » Jawatan Kosong » e Pengambilan PDRM – Jawatan Kosong Polis DiRaja Malaysia (PDRM) 2021

e Pengambilan PDRM merupakan portal rasmi Polis Diraja Malaysia bagi pengambilan baharu dalam mentertai PDRM bagi setiap sesi.

Tugas PDRM ini adalah untuk menjaga keamanan awam yang dibantu dengan pelbagai kumpulan polis seperi Polis Bantuan, Sukarelawan Simpanan Polis dan sebagainya.

Bagi menjaga ketenteraman awam pada setiap masa, PDRM juga membuka pengambilan jawatan kosong anggota baharu bagi calon-calon di luar sana berperanan dan bertanggungjawab untuk menjadi sebagai seorang anggota polis yang boleh dipohon melalui e-Pengambilan PDRM. Baca perkongsian berikut mengenai e-Pengambilan PDRM.

EPengambilan PDRM Portal

Jawatan yang ditawarkan :

  1. Konstabel Polis Gred YA1 (Lelaki)
  • Gaji : RM1,441.00 – RM4,152.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM105.00
  • Minima Kelayakan : SPM/ SVM
  • Tarikh Permohonan : 2 Ogos – 15 Ogos 2021

Cara Isi E Pengambilan PDRM

Berikut adalah secara ringkas cara membuat pendaftaran melalui epengambilan PDRM yang terkini.

PENDAFTARAN BARU

Langkah 1 : Pertama sekalai anda perlu memasuk laman portal rasmi e-pengambilan pdrm di https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/

Langkah 2 : Klik pada butang “Pendaftaran Baru” untuk membuat pendaftaran.

Langkah 3 : Isikan maklumat pengguna dan klik pada butang Serah

Langkah 4 : Tunggu dan semak e-mel anda untuk mengaktifkan akaun.

Langkah 5 :  Sekiranya tiada e-mel diterima, buka semula laman e-Pengambilan dan klik pada pautan [ Tidak Terima E-mel Pengaktifan ID] untuk tujuan pengaktifan akaun.

Langkah 6 : Sekiranya anda lupa Kata Laluan, klik pada pautan [Lupa KataLaluan].

Langkah 7 : Sekiranya tiada e-mel diterima untuk Kata Laluan baru, klik pada pautan [ Tidak Terima E-mel Pemulihan Kata Laluan].

2. SEMAK JAWATAN

Langkah 1 : Klik pada tab Skim Jawatan untuk menyemak syarat-syarat kelayakan memohon.


Langkah 2 : Sekiranya anda berminat, klik pada tab Iklan untuk menyemak Jawatan yang di buka untuk pendaftaran.

Langkah 3 : Dalam tab Iklan, warna hijau adalah Jawatan yang di buka untuk pendaftaran, warna merah adalah jawatan yang belum dibuka.

Langkah 4 : Klik pada ikon tersebut untuk keterangan. Contoh :

3. LOG MASUK DAN CARA MENGISI BORANG

Langkah 1 : Isikan ID Pengguna dan Kata Laluan dan Klik pada butang Log Masuk.


Langkah 2 : Klik pada menu Maklumat Peribadi, maklumat data peribadi dengan * adalah input wajib. Sila klik pada butang Simpan sebelum kelangkah seterusnya.

Langkah 3 : Dalam tab Keluarga, maklumat ibu-bapa adalah input wajib untuk permohonan ini. Sila klik pada butang Simpan sebelum kelangkah seterusnya.


Langkah 4 : Dalam tab Akademik, maklumat SPM dan PT3/PMR adalah input wajib untuk permohonan ini. Sila klik pada butang Simpan sebelum kelangkah seterusnya.

Langkah 5 : Dalam tab Ko-Kurikulum, sekurang-kurangnya satu Ko-Kurikulum adalah wajib untuk permohonan ini. SIla klik pada butang Simpan sebelum kelangkah seterusnya.

4. PERMOHONAN POLIS

Langkah 1 : Klik pada menu Permohonan Polis > Permohanan Baru.


Langkah 2 : Sila pastikan maklumat peribadi, keluarga, akademik dan ko-kurikulum adalah betul sebelum kelangkah seterusnya.

Langkah 3 : Dalam tab Permohonan Jawatan, sila pilih jawatan yang ditawarkan. Klik pada butang Simpan sebelum kelangkah seterusnya.


Langkah 4 : Dalam tab Pengakuan, sila pastikan anda memilih setiap pengakuan pemohon.

Langkah 5 : Dalam tab Pengesahan, sekiranya borang dihantar, pemohon tidak boleh dikemaskini. Oleh itu, anda perlu memastikan semua maklumat adalah lengkap dan tepat.


Langkah 6 : Klik pada butang Hantar Borang untuk hantar permohonan.

5. SEMAK STATUS PERMOHONAN

Langkah 1 : Jika anda ingin menyemak status permohonan, klik pada menu Semak Status Permohonan.

Langkah 2 : Masukkan No.KP Baru dan klik pada butang Semak.

Langkah 3 : Status Pengambilan akan dipaparkan.

Langkah 4 : Sila cetak surat panggilan tersebut.

Di atas ialah perkongsian tentang e-Pengambilan PDRM yang boleh dijadikan rujukan bagi anda yang ingin memohon menjadi salah seorang anggota polis. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari ke laman web rasmi Polis Diraja Malaysia atau manual pengguna mengenai perkara tersebut. Untuk mendapatkan info tentang jawatan kosong kerajaan sila lawati KerjaKosong.Co

Syarat Kelayakan Polis

  • Tinggi sekurang-kurangnya 163cm (Lelaki)
  • Berat badan sekurang-kurangnya 50kg (Lelaki)
  • BMI antara 19 hingga 26
  • Ukuran lilit dada biasa 81cm (Normal) & semasa tarik nafas 86cm
  • Tidak cacat pendengaran & tidak buta warna
  • Diperakui sihat oleh pengamal perubatan

Sumber : rmp.gov.my

Disclaimers – Bahan yang portalamalaysia share dihalaman ini hanyalah tutorial dan ringkasan yang related dengan “e Pengambilan PDRM – Jawatan Kosong Polis DiRaja Malaysia (PDRM) 2021” sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala hebahan berasaskan sumber official dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!