Emma Maembong Tak Terima Dirinya Ditegur Netizen


Nama Emma Maembong kembali hangat diperkatakan oleh media sosial dan juga netizen apabila sering berkongsi gambar tampil seksi selepas bergelar ibu.

Namun perkara itu seharusnya tidak menjadi pendebatan netizen kerana Emma sememngnya seksi sebelum dia mengambil keputusan untuk membuka hijab eberpa  tahun yang lalu.

Walaupun sering mendapat pelbagai kririkan daripda orang ramai namun dia masih tetap memegang prinsipnya dan tidak mahu berubah hanya kerana desakan netizen yang sentiasa tidak berpuas hati dengan keputusan orang lain.

 

Baru -baru ini , Emma sempat berkongsi bahawa dia lebih memilih untuk memakai apa yang selesa untuk dipakai malah tidak mengakui dirinya akan berhijab apabila sudah sampai waktunya.


“Sebenarnya, saya pakai apa yang saya selesa. Kalau ikutkan, dari zaman remaja saya pakai begitu. Saya tak mahu bila sudah kahwin saja, terus berubah seratus-peratus.”

“Saya pakai jeans dikatakan tak sesuai dan kelihatan seperti budak-budak. Seperti yang saya pakai kain itu, saya pun kat pulau tapi netizen tak sedap hati. Mereka tak senang tengok, tapi tak apa.”

“Saya pun wanita dan suatu hari nanti, memang pasti akan berhijab juga. Cuma untuk saya, perlahan-lahan berubah ke arah itu. Tapi janganlah kaitkan kerana saya sudah ada anak, saya tak boleh itu, tak boleh ini,” jelasnya lagi.

Emma juga menjelaskan bahawa sekrang dia lebih tumpukan perhatian untuk menghargai hidupnya dan sentiasa berfikiran positif dan gembira apabila terdapat netizen yang menuliskan doa yang posiitif untuknya.

 

“Zaman saya nak bergaduh, berperang dengan netizen sudah tamat. Saya sudah capai sasaran hidup seperti yang saya impikan.

“Saya cuma nak hargai diri sendiri, pakai apa yang saya nak. Tak adalah sampai saya pakai bikini cuma kadang-kadang nampak betis, mereka sedihlah.”

“Saya sentiasa positif dan mereka juga mendoakan yang terbaik untuk saya. Kalau suatu hari nanti saya berhijab balik, saya berhijab,” katanya.

Sementara itu, Emma mengakui ketika muda dulu dia seorang yang lantang namun kini baginya tiada keperluan untuk memuaskan hati netizen.

Emma juga mengambil sikap yang sambil lewa dan tidak mahu terlalu serius memikirkan pendapat orang lain terhadap dirinya kerana sudah penat dengan situasi seperti itu sejak penglibatannya dalam dunia industri.

Malah sekarang lebih menumpukan sepenuh perhatian buat anak tunggalnya dan dirinya sendiri daripada memuaskan hati orang lain yang sememangnya tidak pernah puas dengan segalanya.

“Buat apa saya nak puaskan hati netizen, asalkan saya tahu apa saya buat, keluarga saya okey. Saya memang seratus-peratus fokus dekat anak saja,” katanya.

Disclaimers – Bahan yang admin kongsikan dihalaman ini hanyalah panduan tutorial dan rujukan ringkasan yang berkaitan dengan “Emma Maembong Tak Terima Dirinya Ditegur Netizen” ini sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala hebahan berasaskan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia