Portal Malaysia
No Result
View All Result
Portal Malaysia
No Result
View All Result
Portal Malaysia
No Result
View All Result
Home Semakan

eMaklum iGFMS

portalmalaysia by portalmalaysia
January 14, 2021
in Semakan, Portal Rasmi
Reading Time: 2min read
0
  • 0shares
  • WhatsApp
  • Telegram
  • Facebook
  • Facebook Messenger

Sistem eMaklum merupakan sistem yang menghantar notifikasi status invois dan bayaran kepada penerima bayaran iaitu kategori pembekal dan individu (termasuk penjawat awam) di bawah jabatan Akauntan Negara Malaysia. Baca perkongsian di bawah untuk maklumat seterusnya tentang Sistem eMaklum :

Fungsi Emaklum

📝Sistem eMaklum mempunyai fungsi-fungsi utamanya yang tersendiri. Berikut merupakan lampiran tentang peranan pengguna serta fungsi/proses di dalam sistem eMaklum :

ArtikelBerkaitan

Tarikh Jadual Bayaran i Lestari KWSP Mac 2021 – Jadual Baru

Semakan BPR Bantuan Prihatin Rakyat. BPR Fasa 1 Dah Masuk!

Surat Rasmi – Contoh Format Surat Yang Betul 2021

Cara Buat Semakan Status Invois / Bayaran

Bagi anda yang ingin membuat semakan status invois atau bayaran, anda boleh ikuti cara di bawah untuk membuat semakan :

0️⃣1️⃣Sila layari ke laman web eMaklum (https://emaklum.anm.gov.my/)

0️⃣2️⃣Terdapat beberapa ruangan yang disediakan untuk diisi maklumat

0️⃣3️⃣Masukkan No Kad Pengenalan/No. Daftar Syarikat/ Organisasi

0️⃣4️⃣Seterusnya masukkan No. Akaun Bank/ No. Invois/ No. Rujukan Bayaran

0️⃣5️⃣Pada ruangan “Carian Berdasarkan”, pilih carian yang anda mahukan seperti No. Akaun Bank / No. Invois / No. Rujukan Bayaran

0️⃣6️⃣Pilih tarikh mula dan tarikh akhir yang anda inginkan

0️⃣7️⃣Klik pada recaptcha “saya bukan robot”

0️⃣8️⃣Kemudian klik butang “Cari”

Senarai Status Dokumen Bayaran iGFMAS (eMaklum)

Terdapat 4 jenis status notifikasi bagi Bayaran ini iaitu :

✅Dihantar ke bank : maklumat bayaran EFT telah dihantar ke bank.

✅Diterima oleh bank : maklumat bayaran EFT telah berjaya diterima oleh pihak bank dan proses bayaran mengambil masa selewat-lewatnya 3 hari waktu bekerja.

✅Ditolak oleh bank : maklumat bayaran EFT gagal diproses oleh bank.

✅Dikeluarkan : status bayaran bagi non-EFT iaitu cek/draf bank/pindahan wang (Telegraphic Transfer).

📌Walau bagaimanapun, penerima tidak semestinya menerima keempat-empat jenis notifikasi tersebut kerana bergantung kepada pemprosesan dan maklumat bayaran penerima.

Senarai Status Dokumen Invois iGFMAS (eMaklum)

Terdapat 4 jenis status notifikasi bagi Invois ini iaitu :

📜Diterima : dokumen invois Berjaya dikunci masuk oleh 1GFMAS.

📜Disemak : dokumen invois berjaya disahkan oleh pegawai di peringkat Pejabat Perakaunan (AO)/Pusat Tanggungjawab (PTJ).

📜Diperakukan : dokumen invois Berjaya diluluskan oleh pegawai di AO/ PTJ.

📜Dikuiri : dokumen invois dikuiri atas sebab-sebab tertentu.

📌Walau bagaimanapun, penerima tidak semestinya menerima keempat-empat jenis notifikasi tersebut kerana bergantung kepada pemprosesan dan maklumat invois penerima.

Modul Pengguna iGFMS

Bagi anda yang ingin menggunakan eMaklum iGFMS ini dan memerlukan panduan serta rujukan untuk menggunakannya, anda boleh rujuk link di bawah :

📒Manual Pengguna

Semoga perkongsian di atas dapat memberi manfaat dan dapat dijadikan sebagai rujukan serta panduan untuk anda menggunakan sistem eMaklum ini. Sebarang pertanyaan atau maklumat lebih lanjut anda boleh rujuk ke :

Jabatan Akauntan Negara Malaysia

📍Aras 1-8 Kompleks Kementerian Kewangan
No.1 Persiaran Perdana
Precint 2, 62594 Putrajaya

Disclaimers – Semua yang admin kongsikan dihalaman ini hanyalah panduan tutorial dan ringkasan yang related dengan “eMaklum iGFMS” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua hebahan berasaskan sumber official dan sahih sahaja.
  • 0shares
  • WhatsApp
  • Telegram
  • Facebook
  • Facebook Messenger
Source: eMaklum Akauntan Negara Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Result
View All Result
  • Portal Rasmi
  • KWSP
  • Isu Semasa
  • Techcentral
  • Bantuan
  • Agama
  • Diabetes
  • Tempat Menarik
  • KL Summit
Jawatan Kosong Kerajaan Terkini 2021
No Result
View All Result
  • About Us
  • Contact Us
  • Data Protection Notice
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • ptdm41
  • rv
  • Term & Condition

Sila Share Artikel Ini Dahulu!

  • 0shares
  • WhatsApp
  • Telegram
  • Facebook
  • Facebook Messenger
  • 0shares
  • Telegram
  • Facebook
  • Facebook Messenger