Elyana Bebas Daripada Kanser.


Erneelya Elyana Emrizal yang lahir 5 Julai 1987 adalah merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita di Malaysia . Dia telah memulakan kerjayanya dalam bidang hiburan ketika berusia 14 tahun yang mana sepanjang kerjaya muziknya, Elyana telah menerbitkan 4 album studio, 2 album kompilasi dan telah merakamkan lebih 40 buah lagu. Di awal kemunculannya, Elyana membawakan lagu-lagu berentak pop dan balada.

Elyana mula diperkenalkan oleh komposer Patrick Khamis menerusi lagu balada yang pertama iaitu single berjudul Niat yang dimuatkan dalam album komposer tersebut. Lagu Niat yang diputar pada tahun 2001 menjadi antara lagu paling hits sekaligus memperkenalkan Elyana dan mendapat beberapa pencalonan dalam pelbagai majlis anugerah muzik.

MAlah album solo ketiganya, Bicara Mata Ini yang muncul pada 2005 ketika berusia 18 tahun melonjakkan kembali namanya kerana menampilkan banyak lagu hits, antaranya ialah “Tak Tercapai Akalmu”. Elyana dan penerbitnya, Aidit Alfian mempertaruhkan genre muzik yang berlainan daripada penyanyi sedia ada. Menerusi lagu “Tak Tercapai Akalmu”, mereka berjaya melayakkan diri ke pertandingan akhir AJL pada Januari 2007.

Selain daripada menyanyi ,Elyana juga menceburi dunia lakonan secara suka-suka dan telah muncul dalam drama seram arahan Ellie Suriati pada tahun 2004 berjudul Seriau. Namun selepas aksi lakonannya yang dikatakan baik, beliau mendapat tawaran untuk muncul dalam beberapa produksi lain.

Filem pertama Elyana ialah filem bengenre seram dan pengembaraan remaja – Gong (2006) yang menjalani pengambaran di Jogjakarta, Indonesia. Filem arahan Sandosh Kesavan ini menerima 3 pencalonan di FFM yang ke-19

Elyana tidak berlakin hanya setakat itu malah pada tahun 2006, Elyana berjaya mendapat watak utama dalam drama siri TV komedi remaja berjudul  Dunia Baru terbitan Grand Brilliance dan siri TV ini mendapat sambutan di luar jangkaan dan menjadi rancangan TV yang tinggi rating nya dengan 2.3 juta penonton.

Lanjutan dari kejayaan musim pertama siri TV ini, Dunia Baru dilanjutkan kemusim kedua pada akhir 2006 dan musim ketiga pada akhir 2007 dan tidak hanya di TV, pada Februari 2008 , Elyana buat pertama kali akan memegang watak utama dalam filem Dunia Baru The MOvie. Filem arahan pengarah M. Hitler Zami ini mengekalkan pelakon siri TV Dunia Baru dengan kemunculan beberapa pelakon komedi seperti Opie Zami , Kenchana Dewi dan Ropie.

Elyana telah berkahwin pada 19 November 2010 dengan Khairul Anuar Husin, dan mempunyai seorang anak perempuan iaitu Cinta Sumayyah dan dia telah mengatakan bahawa telah menghidap kanser limfoma Peringkat 4 pada hari penyingkirannya dalam konsert gegar Vaganza ke -4 yang disertainya.

Dia juga mengatakan bahwa doktor mengesahkan bahawa dia hanya mampu bertahan hidup hanya selama setahun sahaja namun dia mampu bertahan sehingga kehari ini dan berjaya menyingkirkan kanser tersebut.

Dia juga berkongsi rasa sedih apabila disahkan menghidapi kanser tersebut malah pernah mengakui sempat mengalami tekanan dan juga kesakitan yang melampau akibat kanser tersebut.


Dia juga yang sudah berhijrah dengan mengenakan tudung dan berpakaian sopan sebelumnya pernah menyatakan hatinya telah tenang dan menerima segala ketentuannya malah redha jika tidak mampu bertahan hingga keakhirnya.

Dan akhirnya kanser itu berjaya disingirkan dari tubuhnya dengan bantuan kemoterapi yang dilakukan olehnya yang sering ditemani dan mendapat sokongan serta jagaan daripada suami tercintanya.

Malah Elyana sangat bersyukur mempunyai suami yang sanggup menjaganya dan merawat dirinya yang sedang sakit malah tidak merungut tentang kesihatannya dan menjadi peguat untuk dirinya bertahan sehingga kini.

 

Dalam perkongsian dari Ig miliknya baru – baru ini ,dia menjelaskan bahawa setelah 11 tahun dia melawan kanser dan akhirnya kansernya hilang sepenuhnya yang juga dikongsi melalui gambar yang dikongsikan kepada peminat, Dia yang masih menjalani kemoterapi yang ke 5 bagi mengawal kanser agar tidak membiak lagi telah berkongsi rasa gembira dan juga bersyukur kerana kembali sihat seperti orang normal dan berterima kasih kepada semua yang sentiasa meyokong dan mendoakan kesihatannya.

 

Disclaimers – Semua yang kami share dihalaman ini hanyalah panduan dan rujukan ringkasan artikel related dengan “Elyana Bebas Daripada Kanser.” sahaja. kami tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua rujukan berasaskan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.