Else Kuala Lumpur | Latest Hotel 2022


Kuala Lumpur tidak asing dengan hotel unik yang sesuai untuk penginapan dan pengembara global dan Else Kuala Lumpur bakal menyertai industri hospitaliti pada September ini.

Else Kuala Lumpur terletak di bekas Bangunan Lee Rubber di Chinatown, Kuala Lumpur. Else Kuala Lumpur yang dilengkapi dengan 49 bilik akan dibuka secara rasmi kepada tetamu pada 10 September 2022!

Baca juga: 6 Port Roti Canai Popular Di KL & Selangor

Dekorasi Else Kuala Lumpur


Else Kuala Lumpur | Latest Hotel 2022 2

Hotel ini adalah impian bagi mereka yang ingin berehat dari hiruk-pikuk kehidupan bandar. Bilik-bilik di sini menggunakan palet lembut dan tekstur tropika semula jadi untuk mewujudkan suasana yang selesa dan santai.

Ia dilengkapi kemudahan lengkap yang akan memberikan seperti berada di rumah sendiri.

Bilik Else Kuala Lumpur

Else Kuala Lumpur | Latest Hotel 2022 3

Bilik Else Kuala Lumpur


Else terdiri daripada empat kategori bilik, termasuk Mantra (Standard), Bilik Urban (Deluxe; dengan ruang tempat duduk), Sanctuary (di tingkat atas dengan balkoni peribadi) dan Sutera (suite dengan ruang tamu peribadi).

Terdapat juga sesuatu yang lebih mewah jika anda ingin memanjakan diri sendiri.

The Else Suite ialah bilik terbesar di mana tetamu akan dilayan dengan pemandangan latar langit bandar dan balkoni peribadi yang terbentang dari ruang tamu ke bilik tidur.

Setiap bilik dilengkapi dengan produk penjagaan diri yang berjenama seperti Omno, jubah bilik mandi Lulla dan pengering rambut Dyson.

Else Kuala Lumpur | Latest Hotel 2022 4

Sudah tentu, pilihan tempat makan juga tidak  perlu difikirkan selepas itu. Terdiri daripada dua konsep masakan. Pertama, terdapat tempat makan sepanjang hari, Raw Kitchen Hall.

Diketuai oleh Chef Malaysia berpengalaman Leong Chee Mun dan Wah Yin Xing, restoran ini menawarkan masakan berinspirasikan Asia dan Mediterranean.

Di tingkat empat Else, anda akan temui rumah terbaharu Chef Malaysia yang terkenal Jun Wong (sebelum ini Kikubari).

The Yellow Fin Horse, yang dilancarkan pada penghujung 2022, ialah restoran api terbuka yang menggabungkan perisa makanan laut Malaysia dan antarabangsa.

(Kami belum mengetahui sama ada restoran itu mesra Muslim, jadi nantikan perkembangan terkini!)

Untuk wellness facility, tetamu boleh menikmati dua sensory deprivation pods di gim hotel dan kolam infiniti yang menggunakan air masin.

Jadi, apa lagi yang anda tunggu? Tempah bilik dan segarkan diri anda di Else Kuala Lumpur!

  • Rate: Bermula dari RM398/malam
  • Alamat: 145, Jalan Tun H S Lee, City Centre,50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,

Website | Instagram




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3