Home » Gosip Artis Malaysia » Ellie Suriaty Patuh Perintah Suami Walaupun Terpaksa.

Ellie Suriaty Patuh Perintah Suami Walaupun Terpaksa.

Menyangkal dakwaan orang ramai sebagai seorang anti vaksin, pelakon dan pengarah hebat ,Ellie Suriaty yang dahulunya enggan menerima suntikan bahan pelali Covid-19 itu kini sudah lengkap vaksinasi sejak tahun lalu lagi.

Malah pelakon berusia 52 tahun itu mengakui sudah mengambil suntikan pertama vaksin jenis Sinovac pada penghujung Oktober manakala dos kedua pada November tahun lalu.

Dalam pada itu , Ellie turut menegaskan pendiriannya sebelum ini yang enggan menerima suntikan tersebut adalah bukan kerana anti vaksin sebaliknya hanya menyuarakan keraguan dan akibat buruk terhadap suntika vaksin yang dicipta hanya dalam masa enam hingga lapan bulan saja sebelum digunakan untuk disuntik kepada orang ramai.

Merasakan dirinya tidak bersalah kerana menyuarakan keraguaan kerana dia menjelaskan bahawa perkataannya berasas dan sudah membuat kajian jadi ianya bukanlah cakap kosong yang tanpa tujuan .

Ellie dan keluarga yang sebelum ini menggunakan rawatan homeopati dan juga mengamalkan makanan sunah bagi mencegah jangkitan Covid mengakui sepanjang tidak divaksin , dia tidak pernah dijangkiti Covid-19.

Dia yang berkongsi tentang perkara tersebut ketika ditemui hadir di majlis pelancaran dan sidang media filem seram terbaharu berjudul Telaga Suriram di The Majapahit, Mont Kiara, Kuala Lumpur pada Selasa lalu.

Dalam kenyataan sebelum ini , tular bahwa Ellie dan dua anak mereka yang berusia 17 serta 12 tahun enggan menerima suntikan vaksin Covid-19   malah telah menyuarakan tindakan tersebut secara umum kerana tidak mahu divaksin dengan vaksin yang tidak diyakini keberkesanannya.

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

Ellie Suriaty menghormati keputusan anak untuk tidak mahu di vaksin dan tiada unsur paksaan.

Namun berbeza dengan suaminya iaitu aktor Azri Iskandar yang dilaporkan sudah mengambil suntikan vaksin tanpa pengetahuannya kerana perlu bekerja dan wajib divaksin untuk meneruskan kerja dan shooting yang ditawarkan .

Melalui temubual tersebut , Ellias tanpa ragu mengakui dia akur menerima suntikan tersebut selepas tempoh dua tahun yang diberikan oleh suaminya untuk menyuarakan pendapat tentang vaksin tersebut sudah tamat.

Dia juga dengan tegas menyatakan sebab utama dia terbuka untuk menerima suntikan kerana menghormati pendirian dan patuh kepada suaminya malah anak-anakya turut mengambil suntikan vaksin bagi meneruskan aktivi seharian seperti sedia kala.

“Jadi, sebab utama saya ambil suntikan vaksin kerana patuh pada suami. Selagi dia masih suami, saya kena dengar katanya dan hormatinya sebagai suami.

“Tapi saya ada cakap pada dia, apa-apa terjadi kepada saya dan anak kami, dia kena tanggung la,”

Ellie Suriati kini mula aktif dalam bidang youtuber dan mula membuka akaun youtube dengan nama Ellie Suriaty Omar .

Penafian – Semua artikel portalamalaysia share dihalaman ini merupakan panduan tutorial dan ringkasan yang berkaitan dengan “Ellie Suriaty Patuh Perintah Suami Walaupun Terpaksa.” sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua rujukan berasaskan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!