Elisya Sandha yang sudah empat bulan mendirikan rumah tangga bersama suaminya Uzair Haqimy yang juga seorang pengarah muda sedang melonjak nama di persada seni dengan label terkenal iaitu JS Picture.
Dikhabarkan bahawa Elisya Sandha kini hamil anak pertama hasil perkongsian hidup bersama suami itu yang mana berita ini telah dikongsikan olehnya menerusi video yang dimuat naik di Instagram memaparkan imbasan sepanjang tahun 2021.
Setelah diamati terdapat satu paparan yang telah menjadi perhatian apabila netiZen terlihat sekeping gambar imbasan ultrabunyi yang diselitkan pada bahagian akhir video berkenaan. NAmun setakat ini masih tiada pengesahan daripada Elisya mahupun suaminya Uzair mengenai perkara itu. Malah tiada perkongsian daripada mertua Elisya iaitu Seila Rusly dan juga kakaknya Fasha Sandha.
Perkongisn tersebut telah mendapat banyak komen yang positif yang mana para pengemar telah mendoakan kesejahteraan pasangan tersebut dan cepat menimang cahaya mata. malah turur gembira serta tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah kepada pelakon itu.
Terdahulu Elisya dan Uzair mendirikan rumah tangga pada Ogos tahun lalu. Pasangan itu memutuskan untuk berkahwin selepas lima tahun mengenal hati budi masing-masing.
Elisya yang menjadi menantu kesayangan mertua apabila sering terlihat berdua memasak dan menyediakan makanan buat keluarga mertua dan suaminya tercinta. Shiela Rusly yang terkenal kerana sangat suka memasak dan sering mencipta resepi yang baru bagi mempelbagaikan resepinya juga tidak lekok memberi ilmu memasak kepadanya menantunya tersayang.
Baru- baru ini drama terbaru lakonan Elisya telah ditayangkan di TV9 bertajuk Oh My Hantaran yang mana dia telah digandingkan bersama Noki dan MK .
Related Posts
- Shuib Akui Sedang Kenal Hati Budi Seseorang
- Digelar Dewi Remaja Paling Buruk oleh Netizen, ini nasihat Shaza Bae -“Boost your energy, creativiti dan ketepikan semua kata-kata negatif tersebut. Paling penting be better dan terbaik dari sebelumnya”
- “Kerap Sesak Nafas”, – Bob Lokman
- Perkongsian Video Terbaru Daripada Noor Nabila Jawab Persoalan Netizen Tentang Rumahtangganya
- Baby Shima Bergelek Sakan Dengan Pakaian Ketat , Penonton Jadi Malu Tengok Persembahan