Home » Bantuan » Elaun Pekerjaan Sehingga RM1000 – Mohon Sebelum 31 Disember 2021

Elaun Pekerjaan Sehingga RM1000 – Mohon Sebelum 31 Disember 2021

Permohonan untuk Elaun PERKESO RM1000 di bawah SIP Prihatin 2.0 di mana ianya akan berakhir pada 31 Disember 2021.

Jom segera dapatkan insentif gaji bantuan kewangan ini sebelum tarikh tutup.

SIP Prihatin 2.0

SIP Prihatin ini adalah program di bawah PERKESO di mana dalam program ini anda akan dapat Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) & Elaun Persediaan Bekerja (EPB).

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join WhatsApp Rasmi Bantuan Kerajaan :
Klik Sini

Jumlah Bantuan

EMP (Elaun Mencari Pekerjaan) : Insentif RM300 sebulan untuk 2 bulan.

  • Perlu hadir 3 temu duga dalam tempoh 30 hari x 2 bulan.
  • Temu duga fizikal atau dalam talian.

EPB (Elaun Persediaan Bekerja) : Insentif RM400 sekali bayar.

  • Sekiranya individu tersebut kembali bekerja dalam tempoh menerima insentif bulan pertama.
  • Hadir sekurang-kurangnya 1 temu duga dalam tempoh menerima EMP (Elaun Mencari Pekerjaan).

Mohon Juga : Bantuan Kewangan RM700 MySalam

Syarat Kelayakan Bantuan

Perluasan elaun mencari pekerjaan ini tempoh 2 bulan bagi mereka yang tidak dilindungi di bawah Sistem Insurans PERKESO serta mereka yang menganggur & aktif cari pekerjaan.

Berikut adalah syarat kelayakan :

  1. Individu yang hilang kerja yang tidak dilindungi Sistem Insurans Pekerjaan.
  2. Mengganggur.
  3. Daftar & aktif cari kerja dalam MyfutureJobs.
  4. Hadir sekurang-kurangnya 6 temu duga dalam 2 bulan.

Cara Permohonan SIP

1. Anda perlu buat permohonan dengan daftar di Portal MyFutureJobs.

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

2. Kemudian, download Apps Prihatin PERKESO di Google Playstore atau Apple Playstore.

3. Cari pekerjaan, hadir temuduga & kemaskini Log Aktiviti anda di Portal MyFutureJobs tersebut.

4. Update tarikh kembali bekerja di Apps PERKESO jika anda dapat kerja.

5. Anda akan dapat bayaran & elaun selepas dapat kelulusan.

Sila mohon sebelum 31 Disember 2021.

Maklumat Lanjut

Ada sebarang pertanyaan? Anda boleh hubungi di talian

1-300-22-8000

atau hantar emel ke [email protected]

Disclaimers – Bahan yang portalamalaysia share dihalaman ini merupakan panduan dan rujukan ringkasan yang berkaitan dengan “Elaun Pekerjaan Sehingga RM1000 – Mohon Sebelum 31 Disember 2021” ini sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala rujukan berasaskan sumber rasmi dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!