Penyimpanan makanan boleh mempengaruhi zat pada makanan tersebut malah boleh menyebabkan ianya cepat rosak dan rasa yang tidak segar malah boleh menyebabkan kerosakkan kepada makanan.
Terdapat beberapa makanan yang tidak boleh disimpan di dalam peti ais dan boleh menyebabkan kerosakan pada makanan tersebut :
Kopi
Walaupun kopi mempunyai fungsi sebagai bahan yang mampu menyerap bau yang kurang menyenangkan di dalam peti sejuk dan juga ruang tertutup tetapi kopi tidak boleh disimpan dalam peti sejuk kerana ia mampu mengurangkan rasa sebenar kopi dan memberikan rasa yang tidak enak kepada kopi.
Tomato
Masalah utama apabila menyimpan buah tomato di dalam peti sejuk adalah kerana suhu sejuk boleh menyebabkan tekstur tomato menjadi lembik dan mungkin menghasilkan serbuk seperti kristal halus di dalamnya kerana ia berpunca daripada penyimpanan dalam tempoh yang lama.
Bawang
Sama seperti tomato, bawang lebih mudah menjadi lembik dan berkulat jika disimpan terlalu lama di dalam peti sejuk. Malah bau bawang yang kuat akan menyebabkan peti ais berbau tidak enak jika tidak siletakkan kedalam bekas bertutup.
Madu
Meletakkan madu di dalam peti ais akan meningkatkan kelajuan penghabluran gula di mana ianya akan bertukar ke dalam bentuk yang hampir seperti gula beku sehingga sukar untuk dikeluarkan daripada bekas.
Avokado
Buah avokado tidak boleh disimpan di dalam peti ais kerana kebiasaannya buah ini memerlukan jumlah masa yang lama untuk benar-benar ranum dan mempunyai rasa yang sangat enak. Jadi ianya perlu disimpan pada suhu bilik agar cepat masak dan ranum.
Menyimpannya avokado di dalam peti sejuk boleh menghentikan proses pematangan malah avokado akan mengambil masa yang lebih lama untuk masak dan tidak segar.
Roti
Elakkan menyimpan roti dalam peti sejuk kerana ianya boleh menyebabkan roti keras dan berderai . Malah roti juga mempunyai fungsi sebagai penyerap bau dan lembapan yang mana ia mampu mempengaruhi rasa dan kualiti roti itu sendiri,
*Peti ais memang mempunyai fungsi yang baik untuk penyimpanan makanan tetapi tidak semua makanan sesuai disimpan ke dalam peti ais kerana kesemua tekstur makanan adalah berbeza.