Ekonomi Jatuh Faktor Mental Bermasalah, Apa Solusinya?


Dalam kebelakangan ini, selepas negara kita sudah mula memasuki fasa peralihan endemik, kos sara hidup dilihat semakin meningkat apabila faktor ekonomi bermasalah. Situasi yang tidak boleh dielakkan ini memberi tekanan tinggi kepada masyarakat yang rata-rata terkesan akibat pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia selama hampir dua tahun lalu.

Apabila kita bercakap mengenai peningkatan kos sara hidup, ia akan sangat berkait rapat dengan kesihatan mental dikalangan masyarakat kita.


Pakar Psikiatri iaitu Dr Rozanizam Zakaria berkata, kesihatan mental ini adalah bergantung rapat dengan keadaan persekitaran dan sosioekonomi individu kerana ia akan menyumbang kepada punca serta pada masa yang sama boleh menjadi faktor pelindung kepada masalah mental. sebagai contoh, Kedudukan ekonomi, kerjaya, kestabilan sumber pendapatan, kesejahteraan tempat tinggal, bilangan tanggungan dan bebanan hutang antara faktor yang akan menentukan status kesihatan mental seseorang.

Menurut kajian Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) secara global, kadar bunuh diri berkait rapat dengan kadar jurang kesamarataan pendapatan yang diukur berdasarkan ‘Gini Coefficient.’ Ini bermakna, semakin besar jurang antara yang kaya dan miskin, semakin banyak berlaku tekanan yang akhirnya membawa kepada masalah mental seperti bunuh diri.

Menurutnya juga kenaikan kos sara hidup memberi kesan terhadap kesihatan mental kerana ia boleh menjadi faktor yang mengganggu keperluan asas individu seperti makan, pakaian, tempat tinggal dan keperluan pendidikan.


Sumber: google image

Apabila faktor keperluan asas kini telah terjejas, ia akan mencetus tekanan dan ia juga memberi kesan kepada kemampuan individu untuk mendapatkan bantuan.

Sebagai contoh juga individu mungkin tidak mampu untuk pergi mendapatkan rawatan kerana perlu bekerja lebih masa bagi menampung kenaikan kos hidup. Agak jelasnya, situasi ini jika tidak ditangani boleh mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan mental seperti stres, kemurungan, kebimbangan melampau, penyalahgunaan dadah dan alkohol, perbuatan mencederakan diri dan bunuh diri dan keganasan rumahtangga.


Antara faktor gejala yang boleh dikenal pasti adalah perubahan emosi iaitu (murung, mudah marah, cemas dan gelisah), perubahan tingkahlaku (menyendiri, mencederakan diri, hilang selera makan, gangguan tidur) dan perubahan fikiran (putus asa, hilang harapan, sukar fokus, idea mencederakan diri). Isu kesihatan mental yang tidak dirawat boleh membawa penyakit mental yang kronik seperti kemurungan berpanjangan dan skizofrenia.

Sumber: google image

Jika perkara ini tidak dibantu, individu boleh berisiko mendapat komplikasi seperti risiko mencederakan diri/orang lain dan ia juga akan mengganggu kefungsian seperti hilang kemampuan bekerja, mengurus diri dan keluarga untuk rawatan bagi individu yang berdepan dengan masalah mental bergantung kepada punca dan tahap ia Sebagai contoh, individu yang tertekan dengan masalah kekurangan keperluan asas perlu diberi bantuan asas supaya isu keperluan asas ini diselesaikan terlebih dahulu untuk membantu diri keluar dari tekanan yang dihadapi.


Rawatan ini boleh datang dalam bentuk kaunseling bagi kes yang ringan ataupun rujukan ke pakar psikiatri bagi kes yang lebih serius seperti kemurungan dan risiko membahayakan diri. Dari situ doktor akan menentukan rawatan spesifik yang diperlukan bergantung kepada tahap keseriusan masalah yang akan dihadapi. Dalam kita menangani masalah ini, semua pihak bermula dari individu sehingga pihak berkuasa juga perlu mengambil berat.

Sumber: google image

Perlu adanya mekanisme yang efektif dalam mengesan individu yang berisiko untuk meningkatkan akses bantuan, mengutamakan bantuan kewangan yang lestari kepada individu terkesan dan sentiasa ambil berat golongan rentan seperti wanita, ibu tunggal dan golongan muda.


Di samping itu Sediakan lebih banyak fasiliti kerajaan dengan akses kaunseling sebagai penampan bagi menampung bebanan rujukan ke klinik pakar psikiatri. Badan bukan kerajaan (NGO) dan juga Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), institusi agama dan wakaf perlu menggembleng tenaga untuk bersama-sama membantu mereka.

Akhir sekali masyarakat perlu mengambil tahu kebajikan jiran dan keluarga jauh, hulurkan bantuan, jangan stigma individu yang memerlukan bantuan psikiatri.

 

 




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3