Home » Permohonan » eKasih: Cara Pendaftaran, Semakan Status & Senarai Bantuan Yang Layak Diterima

eKasih: Cara Pendaftaran, Semakan Status & Senarai Bantuan Yang Layak Diterima

Cara Pendaftaran, Semakan Status & Senarai Bantuan eKasih

Sistem eKasih ialah satu sistem pangkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan.

Portal Malaysia ingin berkongsi syarat kelayakan permohonan eKasih 2021 serta cara memohon bantuan ini.

Apakah eKasih?

eKasih adalah sistem Bank Data Kemiskinan Nasional​​ yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profail individu, program / bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program / bantuan yang diterima.

Melalui komponen data dalam sistem eKasih ini, pengakses boleh:

  1. Membuat semakan status kemiskinan secara online
  2. Menyelaraskan maklumat bantuan
  3. Pengemaskinian maklumat kemiskinan secara online
  4. Pengiraan Status Kemiskinan (miskin/miskin tegar) secara automatik berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
  5. Penjanaan laporan dan statistik kemiskinan
  6. Poverty mapping dan pemantauan kemiskinan

Jenis Bantuan

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join WhatsApp Rasmi Bantuan Kerajaan :
Klik Sini

Melalui data ini, pendaftar layak untuk menerima beberapa jenis bantuan kerajaan contohnya seperti:

1. Program Prihatin Kasih

2. Bantuan Khas Covid-19 (BKC)

3. Bantuan JKM

Cara Mohon 11 Skim Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat 2021 (Online/Manual)

Syarat Kelayakan

Bagi memohon bantuan eKasih 2021, seseorang dikira layak apabila tergolong dalam yang berpendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa, iaitu kira-kira RM1,500 (bandar) atau RM1,000 (luar bandar) sebulan.

Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah (bulanan) yang disediakan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) setiap dua tahun sekali.

Untuk rujukan yang lebih terperinci, PGK semasa adalah seperti berikut mengikut negeri :

Maklumat Yang Diperlukan

Untuk memohon, pemohon perlu melengkapkan 9 komponen bagi Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) iaitu

  1. Butiran KIR dan AIR
  2. Lokasi
  3. Kediaman
  4. Pendidikan
  5. Kemahiran dan pekerjaan
  6. Harta
  7. Kesihatan
  8. Bantuan
  9. Pendapatan

*Data eKasih digunakan oleh agensi pemberi bantuan bagi mengenal pasti mereka yang benar-benar layak berasaskan kepada profil terkini dan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.

Proses Permohonan

Panduan Pendaftaran

Individu yang ingin mendaftar boleh merujuk kepada Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri (PPN).

Individu / orang awam boleh hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan atau melalui

  1. telefon
  2. surat
  3. e-mel rasmi
  4. membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Majlis Perwakilan Penduduk (MPP)

Berikut adalah senarai nombor telefon yang boleh dihubungi untuk tujuan pendaftaran.

  • PPN Perlis : 04-9731976
  • PPN Kedah : 04-7209236
  • PPN P.Pinang : 04-2185700
  • PPN Perak : 05-2497400
  • PPN Selangor : 03-55213600
  • PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
  • PPN N.Sembilan : 06-7659945
  • PPN Melaka : 06-3333333
  • PPN Johor : 07-2234777
  • PPN Pahang : 09-5178208
  • PPN Terengganu : 09-6272000
  • PPN Kelantan : 09-7455000
  • PPN Sarawak : 082-446582
  • PPN Sabah : 088-484800

*Kelulusan penyaluran bantuan dan tempoh bantuan yang diberikan tertakluk kepada keputusan agensi pemberi bantuan berdasarkan syarat dan kriteria bantuan yang telah ditetapkan mengikut agensi masing-masing.

Semakan Status eKasih 2021

Semakan status eKasih online melalui pautan berikut: https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/CarianAwam/Pages/default.aspx 

Anda juga boleh menghubungi ICU JPM melalui Pejabat Pembangunan Negeri (PPN – Bahagian / Unit Kesejahteraan Rakyat) dan memberikan maklumat seperti nama atau nombor kad pengenalan untuk semakan dan pengesahan status.

Maklumat Lanjut

Bagi sebarang maklumat lanjut berkaitan eKasih, layari laman web rasmi Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri.

  • Anda boleh menghubungi PPN Negeri seperti dalam senarai di atas.
  • Pertanyaan melalui e-mel boleh dihantar kepada [email protected]
Disclaimers – Bahan yang admin kongsikan diatas hanyalah tutorial dan rujukan yang related dengan “eKasih: Cara Pendaftaran, Semakan Status & Senarai Bantuan Yang Layak Diterima” sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala hebahan berpandukan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes