Home » Portal Rasmi » eKasih 2021: Daftar & Semak Status Bantuan Kemiskinan Online

eKasih 2021: Daftar & Semak Status Bantuan Kemiskinan Online

Daftar & Semak Status Bantuan Kemiskinan Online eKasih 2021

Kebanyakkan bantuan sering dikaitkan dengan eKasih. Adakah anda tahu apa itu eKasih?

eKasih bukanlah program bantuan tetapi adalah sistem pengkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan oleh kerajaan.

Kami dari Portal Malaysia ingin berkongsi cara daftar dan semak status penerima bantuan kemiskinan secara online.

Baca Juga : Bantuan Kanak-kanak JKM – Maksimum RM1,000 Untuk Setiap Keluarga Sebulan

Apakah eKasih?

eKasih merupakan Bank Data Kemiskinan Nasional yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profil individu, program / bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program / bantuan yang diterima.

Portal dan data ini dibangunkan secara in-house oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) susulan daripada keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 31 Oktober 2007 dan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri pada 1 November 2007.

Bermula pada Jun 2008 sistem ini telah digunakan sepenuhnya.

Antara ciri-ciri utama eKasih adalah:

  1. Semakan status kemiskinan secara online.
  2. Penyelarasan maklumat bantuan.
  3. Pengemaskinian maklumat kemiskinan secara online.
  4. Pengiraan status kemiskinan (miskin/miskin tegar) secara automatik berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) per kapita.
  5. Penjanaan laporan dan statistik kemiskinan.
  6. Poverty mapping dan pemantauan kemiskinan.

Syarat Kelayakan eKasih

Golongan yang berpendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa boleh mendaftar.

Secara umumnya, kategori miskin ialah pendapatan ketua isi rumah (KIR) kurang daripada RM980 sebulan dan untuk miskin tegar pula mesti kurang daripada RM560 sebulan.

(*Boleh rujuk rajah di bawah untuk kiraan yang lebih tepat untuk membuat anggaran kelayakan berdasarkan kategori dan lokasi pemohon).

Cara Pendaftaran

Komponen data eKasih terdiri daripada maklumat asas Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR), Maklumat Lokasi, Kediaman, Pendidikan, Kemahiran dan Pekerjaan, Pemilikan Harta, Kesihatan, Pendapatan serta Bantuan.

Keluarga atau individu yang layak boleh hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan atau melalui telefon, surat atau e-mel rasmi.

Orang awam juga boleh membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Majlis Perwakilan Penduduk (MPP).

Baca Juga : Wang KWSP Jika Pencarum Meninggal Dunia, Cara Tuntut Oleh Waris Atau Penama

Semakan Status Pendaftaran eKasih

Data eKasih digunakan oleh agensi pemberi bantuan bagi mengenal pasti mereka yang benar-benar layak berasaskan kepada profil terkini dan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.

Anda boleh menghubungi ICU JPM melalui Pejabat Pembangunan Negeri (PPN – Bahagian / Unit Kesejahteraan Rakyat) dan memberikan maklumat seperti nama atau nombor kad pengenalan untuk semakan dan pengesahan status eKasih.

Semakan eKasih secara online boleh dibuat melalui laman web dibawah:

https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx

Terdapat 4 status daftar yang boleh disemak:

  1. Disahkan – Telah dibanci
  2. Disemak – Dalam proses banci
  3. Ditolak – Tidak layak dibanci
  4. Baru/Daftar Terbuka – Pemohonan baru

Baca Juga : Semakan BPR Tambahan : Bantuan Sehingga RM500 Dah Masuk!

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Pembangunan Negeri masing-masing di talian dibawah:

PPN Perlis : 04-9731976
PPN Kedah : 04-7209236
PPN P.Pinang : 04-2185700
PPN Perak : 05-2497400
PPN Selangor : 03-55213600
PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
PPN N.Sembilan : 06-7659945
PPN Melaka : 06-3333333
PPN Johor : 07-2234777
PPN Pahang : 09-5178208
PPN Terengganu : 09-6272000
PPN Kelantan : 09-7455000
PPN Sarawak : 082-446582
PPN Sabah : 088-484800

Disclaimers – Bahan artikel admin kongsikan diatas hanyalah tutorial dan rujukan ringkasan yang berkaitan dengan “eKasih 2021: Daftar & Semak Status Bantuan Kemiskinan Online” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua rujukan berasaskan sumber rasmi dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!