Liga Europa 2022. Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.
Frankfurt akhirnya mengakhiri detik 42 tahun dalam penantian menjadi juara eropah selepas masa tambahan dan penentuan sepakan penalti yang mendebarkan membenarkan Eintracht Frankfurt menewaskan Rangers FC 5-4 dalam penalti untuk menjadi juara Liga Europa 2022.
Perlawanan itu dimulakan tanpa jaringan pada separuh masa dengan pemain tengah dari Frankfurt Filip Kostic mempunyai salah satu peluang terbaik untuk gol pertama. Beliau menggelecek bola dari sepertiga akhir kawasan Frankfurt sendiri ke sepertiga terakhir kawasan Rangers dengan larian pantas tetapi rembatannya melayang jauh dari tiang gol kanan pada minit ke-32.
Bermula babak kedua, pada minit ke-57 gol pertama tiba. Penyerang Rangers Joe Aribo membuka jaringan selepas dua kesilapan pertahanan berturut-turut dari pertahanan Frankfurt. Aribo walaupun sedang jatuh tetap mampu menewaskan penjaga gol Frankfurt, Kevin Trapp untuk mendahului 1-0.
Namun Frankfurt tidak mengambil masa terlalu lama untuk bertindak balas. Penyerang Rafael Santos Borre menghulurkan kakinya ke arah bola hasil hantaran lintang Kostic dari sayap kiri dan menolak bila melepasi penjaga gol Allan McGregor untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-69.
Selepas jaringan tersebut, perlawanan terpaksa diheret ke masa tambahan dan Rangers hampir untuk meledak gol kemenangan pada minit ke-118 namun Ryan Kent gagal untuk menyempurnakan peluang keemasan selepas percubaannya berjaya ditepis Trapp yang juga bekas pemain Paris Saint Germain.
Selepas percubaan tersebut, perlawanan terpaksa diheret ke penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan buntu untuk menambah gol.
Kini dalam penentuan penalti, kedua-dua pasukan menjaringkan tiga sepakan pertama mereka. Aaron Ramsey dari Rangers yang juga bekas pemain tengah Arsenal dan Juventus telah digantikan ke dalam permainan pada masa tambahan tetapi sepakan penaltinya di bahagian tengah berjaya diselamatkan oleh Trapp.
Namun wira Frankfurt iaitu Borre yang menjaringkan gol Frankfurt pada separuh masa kedua berjaya melakukan tendangan penalti ke sudut kiri atas untuk meraih kemenangan mutlak malam itu.
Ini adalah trofi Eropah pertama Frankfurt sejak 1980 yang datang dalam kejohanan ini apabila ia dipanggil Piala UEFA. Pasukan Jerman itu mencapai kejayaan itu dengan cara yang luar biasa dengan aksi tanpa kalah sepanjang kempen termasuk kemenangan ke atas Real Betis, Barcelona dan West Ham.
Rangers pula yang berasal dari Liga Perdana Scotland tidak pernah memenangi trofi Eropah sejak Piala Eropah diperkenalkan pada tahun 1971-72. Mereka juga pernah menjadi naib juara Piala UEFA 2007-08 sebelum ia dijenamakan semula kepada Liga Europa.
Related Posts
- Tempat Menarik Di Besut 2022 | Bukit Keluang, Kolam Air Panas La
- Bangkit Selepas Ketinggalan, Manchester City Menjuarai EPL Dengan Penuh Dramatik!
- Diberikan “Keistimewaan”! Kini Kylian Mbappe Terus Kekal Bersama PSG!
- Red Bull Leipzig “Terkejut” Juara DFB-Pokal! Hanya Bermain Dengan Sepuluh Pemain!
- Macam Bercinta! Ousmane Dembele Kini Dilamun Perasaan Perpindahan!