Home » Semakan » eGUMIS ANM : Semakan Wang Tidak Dituntut Login Online

eGUMIS ANM : Semakan Wang Tidak Dituntut Login Online

Sistem eGUMIS ANM gov my merupakan sistam untuk memudahkan urusan transaksi & semakan wang tak dituntut (WTD) secara atas talian/ online.

Kini, pengguna boleh akses sepenuhnya sistem EGUMIS portal ini secara online tanpa perlu pergi ke pejabat kerajaan.

Hanya gunakan nombor kad pengenalan atau nombor pendaftaran syarikat sahaja untuk semakan.

Apa itu Egumis?

Egumis ialah sistem semakan bagi urusan Wang Tak Dituntut.

Apakah yang dimaksudkan dengan Wang Tak Dituntut? Wang tidak dituntut atau turut dikenali sebagai WTD ini adalah wang kepunyaan seseorang yang tidak dibayar dalam tempoh setahun.

Contoh WTD :

  • Gaji/ upah/ komisen/ egaji 
  • Dividen
  • Tuntutan insuran yang telah diluluskan
  • Simpanan tetap
  • Deposit/ cagaran
  • Keuntungan yang telah diisytiharkan
  • Wang dalam akaun yang tak aktif selama 7 tahun

contoh wang tidak dituntut wtd

Ada yang boleh tuntut sehingga RM10,000 ada yang dapat RM100. Itu semua bergantung kepada akaun anda masing-masing.

Sistem Egumis ANM Login Online

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telahpun melancarkan portal rasmi eGUMIS login untuk permudahkan orang ramai membuat semakan WTD secara online.

Berikut adalah cara untuk semak eGumis register:

  1. Layari pautan berikut : https://egumis.anm.gov.my/
  2. Sila daftar secara online. Masukkan nama penuh, nombor kad pengenalan & email terkini anda.
  3. Log Masuk portal menggunakan kata laluan yang telah diemail.
  4. Tukar semula kata laluan anda.
  5. Tekan pada “Klik Sini Untuk Carian Wang Tak Dituntut” untuk semakan & masukkan kad pengenalan anda.
  6. Untuk makluman, sistem ini hanya boleh buat semakan sebanyak 2 kali sehari sahaja.

Untuk membuat semakan secara manual, sila baca di sini. Anda juga perlu download borang wang tak dituntut sekiranya anda ingin membuat semakan secara manual.

cara daftar egumis

Cara Permohonan Tuntutan Wang Tak Dituntut (WTD) Online

Untuk membuat tuntutan secara dalam talian/ online, sila ikuti langkah berikut :

  1. Klik pada “Teruskan Dengan Permohonan”
  2. Tekan “Tambah Penerima” & masukkan maklumat peribadi. Tekan Simpan.
  3. Upload/ Muat Naik dokumen sokongan pada bahagian “MANDATORI”.
  4. Tick pada kotak & setuju dengan terma syarat. Pilih Ya.
  5. Proses pembayaran akan dilaksanakan apabila dokumen anda telah DISAHKAN.

Tempoh pembayaran akan ambil masa selama sebulan & duit tersebut akan dikreditkan ke dalam akaun bank yang telah didaftarkan.

Contoh Wang Tidak Dituntut yang Berjaya Dituntut

Ramai yang telah menggunakan sistem egumis ini. Ada yang berjaya dapat RM13,000, ada juga yang hanya dapat RM20, RM50.

semakan-wang-tidak-dituntut-egumis-wtd

jabatan-akauntan-negara-anm-janm-egumis

janm semakan egumis online

Soalan Lazim FAQ Egumis

Siapakah yang layak dapat WTD (Wang Tak Dituntut)?

Bayaran WTD perlu dibayar kepada mana-mana penerima yang dapat membuktikan bahawa beliau layak.

Bagaimanakah cara untuk membuat semakan EGUMIS online?

Anda hanya perlu daftar dalam Portal Rasmi. Sila ikuti langkah terperinci dalam website ini.

Apakah dokumen yang perlu dimuat naik?

Dokumen sokongan perlu dimuatnaik dalam portal Egumis untuk pengesahan.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai egumis unclaimed money ini, sila hubungi :

03- 2056 8052
03- 2056 8053

Atau boleh terus pergi ke pejabat :

Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut
Tingkat 42, Menara Maybank
100, Jalan Tun Perak,
50050 Kuala Lumpur

Portal Malaysia ini mengucapkan selamat berjaya dalam tuntutan wang tak dituntut WTD anda. Terima kasih.

 

Disclaimers – Bahan yang portalamalaysia share diatas hanyalah panduan dan rujukan ringkasan yang berkaitan dengan “eGUMIS ANM : Semakan Wang Tidak Dituntut Login Online” sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala hebahan berasaskan sumber official dan sahih sahaja.

Leave a Comment