eGUMIS: Semakan Dan Tuntutan Wang Tidak Dituntut (WTD) Secara Online 2021

Semakan Dan Tuntutan Online Wang Tidak Dituntut (WTD) 2021

Tahukah anda jumlah wang tak dituntut (WTD) setakat Februari 2021 adalah RM9.4 bilion dan akan meningkat saban tahun. Jika dahulu anda kena beratur di kaunter untuk membuat semakan, kini anda boleh menyemak secara online sahaja.

Kami dari Portal Malaysia ingin berkongsi cara untuk membuat semakan permohonan dan tuntuan WTD secara online.

Baca Juga : Program Bakul Makanan RM100: Cara Mohon dari JKM 2021

CARA MEMBUAT SEMAKAN WTD ONLINE


Berikut dikongsikan cara untuk membuat semakan wtd online:

Langkah 1 : Sila layari portal https://egumis.anm.gov.my/

Langkah 2 : Lakukan pendaftaran pengguna secara atas talian.

Langkah 3 : Sila log masuk portal menggunakan kata laluan yang didaftarkan.

Langkah 4 : Sila kemaskini maklumat pengguna.

Langkah 5 : Sila klik pada “KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT” untuk melakukan Semakan WTD melalui nombor pengenalan diri atau nombor pendaftaran syarikat & cetak maklumat Wang Tak Dituntut tersebut (jika ada)

Langkah 6 : Klik “Cetak” , jika anda perlu.

CARA MEMBUAT TUNTUTAN WTD


WTD boleh dituntut melalui cara:

Langkah 1 : Sila layari pautan https://egumis.anm.gov.my/

Langkah 2 : Klik pada ruangan “KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT” untuk melakukan semakan WTD melalui nombor pengenalan diri. Klik Cetak maklumat Wang Tak Dituntut tersebut (jika anda perlu)

Langkah 3 : Sila klik pada rekod WTD yang ingin dituntut pilih “Teruskan Dengan Permohonan”

Langkah 4 : Sila klik pada “Tambah Penerima” untuk masukkan perihal penerima WTD. Pilih pada kotak yang disediakan sekiranya. Maklumat Diri adalah sama seperti Maklumat Pemohon, masukkan maklumat perbankan dan kemudian “Simpan”.

Langkah 5 : Boleh muat naik dokumen sokongan bagi kategori “MANDATORI”

Langkah 6 : Sila tandakan pada dua kotak untuk bersetuju dengan pengakuan serta terma dan syarat eGUMIS dan Klik Hantar. Pilih Ya untuk menghantar permohonan tuntutan

Langkah 7 : Rujuk pada Portal eGUMIS untuk status permohonan WTD.

*Proses bayaran hanya perlu dilaksanakan apabila dokumen lengkap DISAHKAN.

Kaunter

Hantar permohonan lengkap dengan maklumat WTD yang telah dicetak dan terus ke kaunter Pendaftar Wang Tak Dituntut atau ke mana-mana cawangan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)

Baca Juga : EPSA 2021 : Cara Daftar Kursus KPM Online Bagi Guru & Pentadbir

POS

Hantar permohonan lengkap dengan maklumat WTD yang telah dicetak melalui pos ke alamat dibawah:

Pejabat Pendaftar Wang Tak Dituntut
Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Aras 1, Blok Utara, Perbendaharaan 2,
Kompleks Kementerian Kewangan,
No. 7, Persiaran Perdana, Presint 2,
62594, Putrajaya

MAKLUMAT LANJUT


Anda boleh lakukan seperti dibawah:

Menghantar emel ke Pentadbir Sistem eGUMIS di [email protected]
Hubungi Call Centre di talian +603 2056 8052/53/54/55
Atau hubungi pejabat di talian 03-2056 8000

Semoga perkongsian ini berguna untuk anda.


Leave a Comment

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3