Untuk makluman anda, anda boleh buat semakan wang tidak dituntut secara online melalui portal rasmi eGumis (Electronic Government Unclaimed Money Information System) yang bertujuan untuk mempercepatkan proses semakan wang tidak dituntut milik anda dan dibina oleh jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM).
Baca perkongsian di bawah tentang cara log masuk eGumis :
Cara Semak Wang Tidak Dituntut eGumis
Bagi anda yang ingin membuat semakan Wang Tidak dituntut melalui eGumis ini, anda boleh ikuti cara di bawah untuk membuat semakan :
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
0️⃣1️⃣Layari pautan portal rasmi egumis di https://egumis.anm.gov.my/
0️⃣2️⃣Ketik pada ruangan “KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT” untuk membuat semakan WTD melalui nombor pengenalan diri. Klik Cetak maklumat Wang Tak Dituntut tersebut (jika perlu)
0️⃣3️⃣Ketik pada rekod WTD yang ingin dituntut pilih Teruskan Dengan Permohonan
0️⃣4️⃣Ketika pada pautan Tambah Penerima untuk masukkan perihal penerima WTD.
0️⃣5️⃣Pilih pada kotak yang disediakan sekiranya. Maklumat Diri adalah sama seperti Maklumat Pemohon, masukkan maklumat perbankan dan dan bila dah sattle ketik Simpan.
0️⃣5️⃣Tick Kotak untuk bersetuju dengan pengakuan serta terma dan syarat eGUMIS dan Klik Hantar. Pilih Ya untuk menghantar permohonan tuntutan
0️⃣6️⃣Rujuk dan ikuti arahan mesej yang dipaparkan untuk penghantaran dokumen sokongan dalam tempoh yang ditetapkan.
Proses bayaran hanya akan dilaksanakan apabila dokumen lengkap DITERIMA.
0️⃣7️⃣Rujuk Portal eGUMIS untuk status permohonan WTD.
Syarat Tuntutan
Bagi anda yang ingin menuntut Wang Tak Dituntut, berikut merupakan syarat-syarat yang diperlukan :
✔️Apabila Pendaftar WTD telah berpuashati bahawa pemohon adalah empunya yang sah, Pendaftar akan membayar kepada pemohon WTD dari Akaun Amanah Disatukan atau Akaun Hasil Disatukan
✔️Pemohon perlu menyakinkan Pendaftar WTD bahawa beliau adalah empunya sah atau mempunyai hak di sisi undang-undang ke atas WTD tersebut.
✔️Tiada tempoh masa yang dihadkan bagi permohonan tuntutan WTD.
✔️Pendaftar WTD telah menetapkan garis panduan permohonan tuntutan WTD dengan menyenaraikan dokumen yang perlu dikemukakan semasa membuat tuntutan.
Soalan Lazim Ringkas
Adakah sebarang caj dikenakan bagi setiap permohonan tuntutan Wang Tak Dituntut (WTD)?
Tiada sebarang caj dikenakan untuk permohonan tuntutan WTD yang dikemukakan kepada Pendaftar.
Siapakah yang berhak menerima bayaran Wang Tak Dituntut (WTD)?
Menurut Seksyen 13(1) Akta WTD 1965, bayaran WTD hendaklah dibayar kepada mana-mana penerima yang dapat membuktikan bahawa beliau mempunyai hak ke atas WTD dan apabila Pegawai WTD berpuas hati bahawa penerima ialah empunya yang berhak.
Adakah terdapat tempoh masa bagi akaun pengguna eGUMIS?
Ya,tempoh pengguna aktif adalah 6 bulan dari tarikh terakhir log masuk ke portal eGUMIS. Akaun pengguna akan dinyahaktif secara auto dan pengguna perlu mendaftar semula sebagai pengguna baharu.
Untuk baca lagi soalan lazim FAQ berkaitan eGumis boleh rujuk FAQ eGumis ANM
Semoga perkongsian di atas dapat bermanfaat dan memberi info terbaru untuk anda supaya dapat mengetahui tentang eGumis dan menuntut Wang Tak Dituntut yang ada serta dapat menambah sedikit wang.
Maklumat Lanjut
Pejabat Pendaftar Wang Tak Dituntut
Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut
📍Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Aras 1, Blok Utara, Perbendaharaan 2,
Kompleks Kementerian Kewangan,
No. 7, Persiaran Perdana, Presint 2,
62594, Putrajaya
Alamat Kaunter Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut (Ibu Pejabat):-
📍Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Aras 1, Bahagian Akaun Kementerian Kewangan,
Bangunan Jabatan Akauntan Negara Malaysia No.1,
Persiaran Perdana, Presint 2, 62594 Putrajaya
☎️Permohonan temujanji boleh dibuat melalui talian telefon 03-8000 8700/ 8701/ 8702/ 8703/ 8704/ 8705