Home » Portal Rasmi » eGtukar – Cara Daftar & Semak Pertukaran Guru (Tutorial)

eGtukar – Cara Daftar & Semak Pertukaran Guru (Tutorial)

Permohonan pertukaran guru boleh dilakukan secara atas talian menggunakan sistem e-GTukar.  Sistem ini juga merupakan modul di bawah Pengurusan Guru untuk Sistem Sekolah (SPSP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Modul ini diseliakan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), dan Sektor Operasi Pendidikan (SOP) KPM dan dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), KPM.

Dalam modul ini, beberapa kategori pengguna terlibat dalam pengurusan pertukaran guru di Malaysia ini seperti pentadir sistem (pengurusan KPM di peringkat Bahagian, Negeri, Daerah dan Sekolah) serta guru.

Portal Malaysia akan kongsikan kepada anda mengenai eGTUKAR seperti tarikh keputusan egtukar 2020 dan juga semakan egtukar 2020.

Syarat Pertukaran

Bagi yang ingin membuat permohonan pertukaran, berikut ialah syarat-syarat yang perlu anda ikuti untuk membuat permohonan pertukaran :

✅Kementerian Pendidikan tidak akan mempertimbangkan permohonan jika didapati negeri yang dimohon tidak terdapat kekosongan jawatan.

✅Guru tidak boleh bertukar sebelum menerima surat pemakluman kelulusan pertukaran dari Jabatan Pendidikan Negeri asal dan surat penempatan pertukaran dari Jabatan Pendidikan Negeri yang diluluskan.

✅Kementerian Pendidikan tidak akan mempertimbangkan permohonan pembatalan pertukaran setelah permohonan pertukaran diluluskan.

✅Penempatan ke sekolah adalah ditentukan oleh Jabatan Pendidikan Negeri / Pejabat Pendidikan Daerah / Bahagian-bahagian yang berkenaan di Kementerian Pendidikan Malaysia.

✅Guru-guru berikut tidak layak memohon pertukaran

Guru Interim yang sedang mengikuti Kursus Dalam Cuti (KDC).
Guru yang sedang bercuti tanpa gaji / Separuh Gaji.
Guru yang sedang mengikuti kursus / cuti belajar.
Guru DG42 yang sedang memangku yang belum dinaikkan pangkat.
Guru Cemerlang yang sedang memangku yang belum dinaikkan pangkat.

✅Semua Jawatan yang disandang akan tergugur apabila permohonan pertukaran diluluskan

✅Semua salinan dokumen yang berkaitan hendaklah diserahkan kepada Pengetua / Guru Besar untuk pengesahan.

✅Semua keterangan yang diberikan dalam borang ini hendaklah lengkap dan benar. Jika terdapat sebarang pemalsuan keterangan, permohonan tidak akan dilayan dan sebarang kelulusan yang telah diberikan akan dibatalkan

Cara Daftar Dan Mohon eGTukar

Berikut ialah cara untuk mendaftar dan membuat permohonan eGTukar :

0️⃣1️⃣ Laman Utama e-GTukar

Laman utama e-GTukar memaparkan beberapa maklumat penting iaitu
Pengumuman, Laluan Masuk, Bantuan & Info, Paparan Ralat, Hakcipta dan Penafian. Pengguna boleh memperoleh maklumat terkini dari ruangan pengumuman dan bantuan. Laluan Masuk ke e-GTukar adalah dengan memasukkan ID Pengguna, Kata Laluan, dan Kad Pengenalan yang telah didaftarkan.

Paparan mesej ralat bertujuan memaklumkan pengguna sekiranya butiran yang dimasukkan di Laluan Masuk tidak tepat.

Bantuan & Info yang disediakan di e-GTukar adalah berkaitan borang manual, syarat pertukaran, panduan permohonan, guru tidak layak, analisa pertukaran, semakan kekosongan, soalan lazim, dan senarai nombor telefon yang boleh dihubungi.

0️⃣2️⃣Pendaftaran Pengguna

Pengguna perlu mengisi ruangan ini dengan teliti supaya tiada masalah ketika log masuk ke sistem. Pastikan semua butiran adalah betul dan tepat terutama Nama, No. KP, No. Gaji, dan Emel. Kata laluan, soalan keselamatan dan jawapan perlu diingat oleh pengguna kerana medan ini diperlukan jika hendak menukar kata laluan.

Klik butang SIMPAN untuk proses pendaftaran. Pengguna boleh terus ke ruangan LALUAN MASUK untuk menggunakan sistem dan butiran pendaftaran dihantar ke alamat emel yang telah diisi.

0️⃣3️⃣ Laluan Masuk

Setelah membuat pendaftaran, pengguna boleh log masuk ke sistem dari LAMAN UTAMA dengan memasukkan butiran ID Pengguna, Kata Laluan dan No. KP. Sekiranya maklumat yang dimasukkan tidak tepat, paparan MAKLUMAT LALUAN MASUK SALAH akan dipaparkan. Pengguna perlu memastikan butiran adalah tepat seperti didaftarkan

0️⃣4️⃣Lupa Kata Laluan

Sekiranya terlupa kata laluan, pengguna boleh mendapatkan semula kata laluan tersebut dengan memilih pautan Lupa Kata Laluan yang berada di laman utama e-GTukar. Masukkan No. Kad Pengenalan pada ruangan yang disediakan. Klik butang HANTAR, kata laluan pengguna akan dihantar melalui emel yang telah didaftarkan.

0️⃣5️⃣Tukar Kata Laluan

Pengguna boleh menukar kata laluan dengan memilih pautan Tukar Kata Laluan yang berada di laman utama e-GTukar. Semua ruangan wajib diisi. Maklumat berkaitan soalan keselamatan dan jawapan adalah sama seperti membuat pendaftaran pengguna.

0️⃣6️⃣Log Masuk

Pengguna perlu memastikan ID Pengguna, Kata Laluan dan Kad Pengenalan adalah tepat di ruangan Laluan Masuk. Kemudian, klik butang OK untuk menggunakan sistem mengikut peranan yang telah ditetapkan

0️⃣7️⃣Log Keluar

Pengguna diingatkan supaya sentiasa klik pada pautan Log Keluar bagi menamatkan sesi penggunaan sistem. Ini adalah langkah selamat agar tiada pihak yang cuba menyalahgunakan maklumat berkaitan.

Cara Buat Permohonan eGTukar Pertukaran Guru

Berikut ialah panduan tentang cara untuk membuat permohonan eGTukar pertukaran guru :

Makluman

✍️Pengguna eGTukar perlu mendaftar ke sistem untuk mendapatkan ID Pengguna dan kata laluan ke sistem . Pemohon hanya dibenarkan mengemukakan satu (1) permohonan sahaja bagi satu sesi pertukaran.

✍️Pemohon TIDAK DIBENARKAN membuat pertukaran dalam negeri yang sama sekiranya sekiranya ianya berada didalam jenis sekolah yang sama.

✍️Pindaan kepada maklumat permohonan hanya boleh dibuat sebelum menekan butang HANTAR.

✍️Selagi pemohon tidak menekan butang HANTAR, maklumat permohonan/ maklumat permohonan tidak akan diterima oleh sistem

✍️Pemohon WAJIB mencetak maklumat yang telah dikemukakan pada menu CETAKAN bagi tujuan mendapatkan no permohonan dan diserahkan kepada PENGETUA/GURU BESAR sebagai bukti permohonan.

Ciri-Ciri Keselamatan

🌐Sila rahsiakan ID Pengguna dan Kata Laluan daripada pihak lain. Pencerobohan maklumat permohonan anda boleh berlaku sekiranya ada pihak lain yang mengetahui ID Pengguna dan Kata Laluan anda.

🌐Anda tidak dibenarkan mengemukakan permohonan melalui rakan anda. Anda perlu mengemukakan sendiri permohonan anda melalui eGTukar tanpa melibatkan orang lain.

🌐Anda tidak dibenarkan membuka dua (2) laman web serentak yang mengandungi maklumat anda dan rakan anda dalam komputer yang sama.

🌐Sila pastikan skrin laman web anda ditutup setelah selsai mengemukakan permohonan melalui eGTukar. Bagi memastikan maklumat anda tidak di simpan dalam komputer (cookies) terutama sekali apabila menggunakan komputer di Makmal Komputer dan Cyber Cafe, sila laksanakan langkah-langkah berikut :-

BROWSER : INTERNET EXPLORER ver 7.0

Pada laman interet, sila pilih menu TOOLS — > INTERNET OPTION;
Pastikan anda berada pada tab GENERAL
Pada bahagian Browsing history sila klik butang Delete..
Klik butang Delete Files pada Bahagian Temporary Internet Files
Sistem akan memaparkan Mesej Delete Files – Are you sure you want to delete all temporary Interent Explorer files?. Klik butang Yes
Ulangan pada Bahagian Cookies. Klik butang Close
Klik butang OK

BROWSER : MOZILLA FIREFOX

Pada laman interet, sila pilih menu TOOLS – à CLEAR PRIVATE DATA
Tandakan pada kotak Cookies dan Cache
Tekan butang Clear Private Data Now
Klik OK

Mengisi Maklumat Pendaftaran

📝Semua pengguna eGTukar disyaratkan untuk mengwujudkan ID Pengguna dan Kata Laluan Sistem sebelum menbuat capaian ke eGTukar.

📝Maklumat yang diperlukan bagi mengwujudkan ID Pengguna dan Kata Laluan adalah

✔️Nama Penuh
✔️Nombor Kad Pengenalan
✔️Nombor Gaji
✔️ID Pengguna ( yang di pilih oleh pengguna)
✔️Kata Laluan ( yang di pilih oleh pengguna )
✔️Pengesahan Kata Laluan
✔️Emel ( emel yang boleh dihubungi )
✔️Taraikh Lahir Pemohon mengikut format hh/bb/tttt
✔️Soalan Keselamatan ( Pilih Salah Satu)
✔️Jawapan kepada soalan Keselamatan

Mengisi Maklumat Permohonan

✏️Pemohon hanya boleh mengisi borang permohonan apabila membaca setiap satu syarat-syarat permohonan pertukaran dan klik pada semua syarat-syarat yang ditetapkan untuk mendapatkan paparan borang permohonan di sistem.

✏️Bagi pemohon yang mempunyai syarat-syarat yang cukup untuk memohon, permohonan boleh dibuat dengan menyemak dan mengisi lima (5) bahagian utama

✔️MAKLUMAT PERMOHONAN
✔️MAKLUMAT DIRI PERMOHON
✔️AKADEMIK DAN IKHTISAS
✔️MAKLUMAT PERKHIDMATAN
✔️MAKLUMAT SUAMI/ISTERI
✔️SEBAB MOHON TUKAR
✔️PENGAKUAN PEMOHON

✏️MAKLUMAT PERMOHONAN. Pemohon dikehendaki memasukkan maklumat seperti dibawah :-

✔️Jenis sekolah di pohon
✔️Negeri yang di pohon
✔️PPD yang di pohon

✏️MAKLUMAT DIRI PERMOHON. Pemohon dikehendaki memasukkan maklumat seperti dibawah :-

✔️Status Perkahwinan

✏️MAKLUMAT PERKHIDMATAN. Pemohon dikehendaki memasukkan maklumat seperti dibawah :-

✔️Tahun Tamat Latihan Ikhtisas
✔️Tarikh Penempatan Pertama Sebagai Guru Terlatih
✔️Tarikh Mula Bertugas di Negeri Sekarang
✔️Tarikh Kursus Dalam Perkhidmatan yang sedang diikuti
✔️Subjek yang boleh diajar selain daripada subjek opsyen
✔️Pengalaman Mengajar Sebagai Guru Terlatih ( 8 Buah Sekolah Terakhir)

Nama Sekolah
Alamat Sekolah
Subjek Di Ajar
Tingkatan / Tahun
Tarikh Awal dan Akhir Mengajar

✏️MAKLUMAT SUAMI/ISTERI. Pemohon dikehendaki memasukkan maklumat seperti dibawah :-

✔️Nama Suami/ Isteri
✔️No Kad Pengenalan Baru Suami/Isteri
✔️Tarikh Perkahwinan
✔️Pekerjaan / Jawatan disandang oleh Suami/Isteri
✔️Alamat tempat bekerja Suami/ Isteri
✔️Poskod
✔️Negeri
✔️No Telefon
✔️Tarikh Suami/Isteri mula berkhidmat di negeri yang dipohon

✏️MAKLUMAT SEBAB MOHON TUKAR. Pemohon dikehendaki memilih sebab-sebab permohonan bertukar.

✏️MAKLUMAT PENGAKUAN PEMOHON. Pemohon dikehendaki menanda dokumen-dokumen sokongan yang akan disertakan bersama untuk tujuan pertukaran

Mencetak Maklumat

🧾Pemohon hendaklah memastikan Komputer yang digunakan mempunyai perisian Acrobat Reader.

🧾Sekiranya tiada, pemohon boleh muat turun perisian tersebut di muka utama sistem eGTukar.  Acrobat Reader.

🧾Pemohon hendaklah mencetak maklumat permohonan yang telah diisi setelah menghantar borang permohonan.

🧾Pemohon hendaklah mencetak maklumat permohonan dengan menekan butang icon  pada skrin cetakan dengan memastikan dalam cetakan tersebut mempunyai NO. PERMOHONAN.

🧾Sistem akan mencetak maklumat tersebut mengikut muka surat bergantung berapa panjang borang permohonan tersebut.

Senarai Guru Tidak Layak

Berikut ialah senarai guru yang tidak layak untuk membuat permohonan pertukaran :

📜Semua guru bertaraf jawatan seperti dibawah

DLAB – LPBS AKADEMIK BIASA
DLJQ – LPBS j-QAF
DLPC – LPBS PENGAJIAN CINA
DLPI – LPBS PENGAJIAN ISLAM
DLPK – LPBS PENDIDIKAN KHAS
DLPT – LPBS PENGAJIAN TAMIL
KO3 – KONTRAK WARGANEGARA
KON – KONTRAK BUKAN WARGANEGARA
LTS – LANTIKAN SEMULA (Kontrak selepas pencen)
SARC – SAR KDC
SARL – SAR TERLATIH
SART – SAR TIDAK TERLATIH
SKDC – STT KDC
SMB – SAMBILAN / GANTI
SMT – SEMENTARA
STT – SANDARAN TIDAK TERLATIH

📜Semua Pengetua Cemerlang Kanan (PCM), Pengetua/Guru Besar (PGB), Pengetua/Guru Besar Khas Untuk Penyandang (PGK) dan Guru Cemerlang(GPR)

📜Semua Guru DG44 Hakiki berjawatan Penolong Kanan (PK1) di semua Sekolah Menengah.

📜Semua Guru DG44 Hakiki berjawatan Penolong Kanan HEM (PK2) di semua sekolah Menengah.

📜Semua Guru DGA32 Hakiki berjawatan Penolong Kanan (PK1) di semua Sekolah Rendah Gred A.

📜Semua Guru DGA32 Hakiki berjawatan Penolong Kanan HEM PK2) di semua Sekolah Rendah Gred A.

📜Semua Guru DGA32 Hakiki berjawatan PENOLONG KANAN KOKURIKULUM (PK3) di semua Sekolah Rendah Gred A.

📜Semua Guru DGA32 Hakiki berjawatan PENYELIA PETANG (PPT) di semua Sekolah Rendah Gred A.

📜Semua guru DG44 Hakiki berjawatan PENOLONG KANAN SUKAN DAN PENTADBIRAN (PKS) di Sekolah Sukan.

📜Semua guru DGA32 Hakiki berjawatan KETUA BENGKELdi sekolah Menengah Teknik

Senarai Borang Manual Pertukaran Guru

Bagi anda yang ingin mendapatkan borang manual pertukaran guru, anda boleh klik pautan di bawah untuk muat turun borang :

[wp-svg-icons icon=”file-excel” wrap=”i”] Borang Bahagian Antara Negeri

[wp-svg-icons icon=”file-excel” wrap=”i”] Borang Antara Daerah

[wp-svg-icons icon=”file-excel” wrap=”i”] Borang Dalam Daerah

Cara Buat Semakan E-GTukar

Bagi anda yang ingin membuat semakan status E-GTukar, anda boleh rujuk cara untuk membuat semakan E-GTukar seperti di bawah :

0️⃣1️⃣Sila masuk ke laman portal rasmi https://epgo.moe.gov.my/

0️⃣2️⃣Login terlebih dahulu jika anda sudah mendaftar

0️⃣3️⃣Ketik pada butang “Semakan Kekosongan Jawatan Dan Opsyen”

0️⃣4️⃣Selesai.

Pilih Sesi Pertukaran 

Berikut ialah pilihan untuk sesi pertukaran :

📅Pilihan sesi Jun diproses untuk sesi Jun sahaja

📅Pilihan sesi Januari diproses untuk sesi Januari sahaja

📅Pilihan semua sesi diproses pada kedua-dua sesi

Sebab Gagal Permohonan Pertukaran

Guru gagal dalam memohon pertukaran adalah kerana tidak memenuhi kriteria tersebut :

🔍Kekosongan jawatan

🔍Kepentingan perkhidmatan

🔍Keperluan opsyen di negeri yang dimohon

FAQ (Soalan Lazim)

BILAKAH KEPUTUSAN PERMOHONAN PERTUKARAN AKAN DIUMUMKAN?

Tarikh keputusan permohonan pertukaran guru akan dimaklumkan di Modul e-GTukar secara dalam talian.

BERAPA KALI PERMOHONAN PERTUKARAN DIBUKA?

Permohonan pertukaran dibuka sekali setahun.

ADAKAH GURU SEKOLAH INTERGRITI / SEKOLAH HENRY GURNEY BOLEH MEMOHON PERTUKARAN MELALUI SISTEM e-GTukar?

Tidak, guru Sekolah Integriti / Sekolah Henry Gurney boleh memohon pertukaran secara manual melalui Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM.

Untuk mendapatkan FAQ versi penuh anda boleh klik pautan ini FAQ Pertukaran Guru

Maklumat Lanjut

☎️Untuk mengetahui maklumat lanjut tentang pertukaran guru atau mengenai e-GTukar ini, anda boleh merujuk atau hubungi Jabatan Pelajaran Negeri mengikut negeri. Klik pautan ini untuk hubungi pihak berkenaan untuk maklumat lanjut 

Disclaimers – Semua artikel kami share dihalaman ini hanyalah panduan tutorial dan ringkasan yang berkaitan dengan “eGtukar – Cara Daftar & Semak Pertukaran Guru (Tutorial)” sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua hebahan berpandukan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!