Ecuador Kekal Dalam World Cup!


Ecuador akan bermain dalam Piala Dunia FIFA 2022 di Qatar selepas rayuan Chile berhubung kelayakan pertahanan Ecuador, Byron Castillo, ditolak oleh badan induk dunia itu.

Ecuador Kekal Dalam World Cup! 1

Persekutuan Bola Sepak Chile (ANFP) mendakwa Castillo, yang membuat lapan penampilan di peringkat kelayakan zon Amerika Selatan, dilahirkan di Colombia pada 1995 dan ia bertentangan dengan dokumen rasminya yang dihantar oleh Persekutuan Bolasepak Ecuador (FEF).


“Setelah menganalisis penghujahan semua pihak dan selepas pendengaran dijalankan, Jawatankuasa Rayuan mengesahkan keputusan Jawatankuasa Tatatertib untuk menutup prosiding yang dimulakan terhadap FEF,” kata FIFA dalam satu kenyataan.

Sila Baca Disini : Faisal Halim Kekal Positif Terhadap Pasukan!

Ecuador Kekal Dalam World Cup!

“Antara pertimbangan lain, kami menganggap bahawa berdasarkan dokumen yang dibentangkan, pemain itu dianggap sebagai pemegang kewarganegaraan Ecuador berdasarkan Peraturan Pentadbiran Permohonan Statut FIFA ,” kata satu kenyataan rasmi.


Chile mengesahkan akan merayu keputusan itu di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

Ecuador Kekal Dalam World Cup! 2

“Dunia bola sepak tahu seorang pemain yang membantu Ecuador layak ke Piala Dunia FIFA malah mengakui dilahirkan di Colombia dan dia memperoleh pasport Ecuador dengan menggunakan maklumat palsu.

“Apa yang boleh diperkatakan tentang Jawatankuasa Rayuan yang masih gagal bertindak di sebalik segala maklumat ini?” kata Setiausaha Agung ANFP, Jorge Yunge.


“Sudah tentu, kami akan merujuk perkara ini kepada CAS kerana buktinya adalah jelas dan kami menggesa Jawatankuasa Rayuan agar menjelaskan asas kepada keputusan ini dengan segera memandangkan terdapat beberapa penangguhan yang tidak wajar dalam keas ini.”

Ecuador diundi dalam Kumpulan A Piala Dunia bersama tuan rumah, Senegal dan Belanda.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3