Home » Permohonan » Cara Semakan Laporan eCCRIS Online Tanpa Perlu Ke Bank

Cara Semakan Laporan eCCRIS Online Tanpa Perlu Ke Bank

eCCRIS: Semakan Penyata Laporan CCRIS Online Tanpa Ke Bank Negara Malaysia

Untuk sesiapa yang ingin membuat pinjaman bank, anda perlu mendapatkan laporan kewangan seperti CCRIS terlebih dahulu.

Tahukah anda apakah itu CCRIS dan bagaimana mendapatkan laporan tersebut secara online?

Portal Malaysia ingin kongsikan lebih lanjut untuk makluman bersama.

Apakah CCRIS?

Mungkin ada yang pernah dengar tentang CCRIS semasa anda ingin membuat loan/ pnjamam.

Central Credit Reference Information System (CCRIS) adalah satu laporan kredit/pinjaman anda dengan pihak bank.

Semua rekod pinjaman anda dengan pihak bank akan dikeluar dalam satu penyata ringkas.

Pihak bank akan menggunakan laporan CCRIS ini untuk menilai kelayakan pinjaman anda nanti.

Walau bagaimanapun  ramai yang tersilap dan salah faham dan menganggap CCRIS sebagai sistem blacklist yang menyenarai hitam peminjam. Jangan risau!

Sebaliknya, CCRIS hanya mengeluarkan laporan yang dikemaskini oleh pihak institusi kewangan masing-masing untuk menganalisa perkara seperti berikut:

  • Rekod pembayaran
  • Jumlah pinjaman keseluruhan
  • Rekod permohonan

Baca juga: Senarai Bantuan Kerajaan Bulan September – Bantuan Sehingga RM1100

Apakah Komponen Yang Terdapat Dalam Laporan CCRIS?

Berikut adalah 3 komponen utama yang boleh didapati melalui semakan CCRIS

  1. Rekod pinjaman sedia ada – maklumat, jenis, jumlah, penyedia kredit, tindakan undang-undang & sebagainya
  2. Akaun di bawah pemerhatian khas – kredit tak berbayar yang diletakkan dalam pengawasan khas institusi kewangan
  3. Permohonan untuk kredit – status permohonan untuk pinjaman yang dibuat

Cara Baca Laporan CCRIS

Melalui laporan CCRIS tersebut, anda boleh melihat rekod bayaran anda kepada pihak bank.

Jika anda sering bayar pada masa yang telah ditetapkan, iaitu sebelum tarikh akhir, rekod anda akan tertulis dengan nombor ‘0’ setiap bulan.

Angka ‘0’ menunjukkan yang anda tidak pernah bayar lewat kepada pihak bank.

Namun, jika anda bayar lewat pula, rekod anda akan tertulis dengan nombor ‘1’ jika lewat sebulan, ‘2’ jika lewat dua bulan dan seterusnya.

Baca juga: Rumah IKRAM KPKT: Cara Mohon Rumah Sewa Serendah RM124

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN? Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan di https://t.me/bantuankerajaan

Cara Buat Semakan CCRIS Online (eCCRIS)

Bank Negara Malaysia (BNM) telah memperkenalkan mekanisma baru untuk mendapatkan laporan CCRIS melalui portal eCCRIS yang boleh di akses melalui laman web.

Dengan kemudahan ini, anda tak perlu lagi keluar ke kaunter dan boleh mendapatkan laporan kredit anda melalui atas talian sahaja. Mudah kan?

Untuk mendaftar eCCRIS, boleh ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Sila daftar borang dengan lengkap di pautan BNM Telelink eCCRIS: bnm.my/LINK
  2. Boleh muat naik dokumen berikut
    • Salinan MyKad (depan dan belakang)
    • Bil telefon terkini anda
    • Dua dokumen sokongan lain: contohnya lesen memandu, bil utiliti, penyata akaun bank, penyata kad kredit dan sebagainya
    • Dan juga 6 digit nombor pin sementara akan dihantar ke nombor telefon bimbit yang didaftarkan
  3.  Lawati eCCRIS dan klik Login Kali Pertama.
    • Sila masukkan nombor MyKad dan 6 digit nombor pin sementara. Sila ikut arahan yang di paparkan untuk melengkapkan pendaftaran.
  4. Untuk membuat semakan penyata, sila layari laman CCRIS.

Sila rujuk infografik di bawah untuk maklumat lanjut:

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, boleh layari https://eccris.bnm.gov.my/atau hubungi melaui saluran berikut:

Penafian – Semua artikel kami share diatas hanyalah panduan tutorial dan rujukan ringkasan artikel related dengan “Cara Semakan Laporan eCCRIS Online Tanpa Perlu Ke Bank” ini sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua rujukan berasaskan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!