Ebit Lew Hadiahkan Tiket Dan Pakej Umrah Buat Ibu Bapa Allahyarham Zulfarhan


 

Suatu masa dahulu dan baru-baru ini Malaysia masih membicarakan tentang tragedi yang menimpa bekas pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman.

Tragedi yang berlaku memang meninggalkan kesan yang sangat mendalam dan masih lagi menjadi tanda tanya walaupun ke sudah ditutup dan pesalah sudah dijatuhkan hukuman .

Walaupun begitu, rakyat Malaysia masih tidak dapat melupakan kejadian kejam yang berlaku ke atas arwah dan keluarga yang telah kehilangan anak yang bakal menjadi tunjang keluarga sangat meyediahkan dan melukai hati.

Ebit Lew yang juga penceramah bebsa yang banyak membantu rakyat Malaysia , hari ini berkesempatan berkunjung ke kediaman keluarga Allahyarham di Skudai Johor yang mana hari tersebut sempena dengan hari jadi arwah pada 29 November.

Pada tarikah itu juga Ebit ditemani ibu bapa arwah pergi menziarahi kubur arwah dan mendoakan kesejahteraan arwah di alam sana.

Ebit yang berhajat untuk menghadiahkan tiket dan pakej umrah buat kedua ibu bapa arwah pada Disember ini dan ibu bapanya menerima hadiah tersebut dengan hati terbuka dan gembira.


Arwah yang pernah bercita-cita membawa kedua orang tuanya ke Tanah Suci dan hajat tersebut dimakbulkan oleh Ebit Lew agar ibu bapanya gembira dan mengubat luka dihati mereka.

Walaupun setelah 4 tahun kehilangan anak kesayangan, mereka tetap merasa anaknya masih dekat dan telah redho dengan Qada dan Qadarnya.

Jelas Ebit Lew , dia juga merasa terharu kerana sewaktu perbualan ibu bapa arwah tetap tersenyum namun tidak mampu untuk menahan diri daripada mengalirkan airmta. Malah Ebit Lew juga mengakui kebaikkan mereka yang lemah lemuh dalam berbicara dan melayaninya.

Ebit Lew juga menitipkan doa agar kedua ibu bapa Zulfarhan sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT dan berikanlah mereka kekuatan dan ketabahan melalui ujian hidup yang berat ini.

Disclaimers – Semua yang kami share diatas sekadar panduan dan rujukan yang related dengan “Ebit Lew Hadiahkan Tiket Dan Pakej Umrah Buat Ibu Bapa Allahyarham Zulfarhan” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua hebahan berasaskan sumber official dan sahih sahaja.