e Penyata Gaji

e Penyata Gaji adalah sebuah sistem akses kepada penyata gaji atas talian untuk Kakitangan Kerajaan berperingkat Perseketuan.

Laporan ePenyata ini hanya menyimpan maklumat dan data Penyata Gaji Bulanan bagi empoh 18 bulan. Dan Penyata Pendapatan Tahunan bagi tempoh 7 tahun yang terkini sahaja.

E Penyata Gaji 2020

Semua kakitangan digalakkan untuk memuat turun dan menyimpan maklumat slip gaji ini, kerana maklumat dan data secara automatik akan dikeluarkan dari sistem sekiranya terlalu lama.

Antara Kakitangan Persekutuan yang terlibat:

  • Jabatan Kewangan
  • ¬†Jabatan Pelajaran
  • Jabatan Perdana Menteri
  • Kementerian Pendidikan
  • Kementerian Kesihatan
  • Jabatan atau Kementerian lain.

Sistem e penyata gaji kini boleh diakses secara atas talian/ online untuk memudahkan pengguna membuat semakan penyata gaji secara online dan kemudahan lain seperti sistem emaklum ANM. Pengguna wajib mendaftar terlebih dahulu untuk menggunakan sistem ini.

Daftar Sistem Penyata Gaji

Kakitangan pelu buat pendaftaran baru di sistem e-Penyata Gaji JANM terlebih dahulu, dan ikuti setiap langkah yang ditunjukkan di bawah.

1. Daftar di link ini : ePenyata Gaji ANM

2. Tekan Pertama Kali Mendaftar.

3. Isi segala maklumat peribadi : Kad Pengenalan, No Gaji, Kata Laluan dan alamat emel yang sah daripada jabatan.

4. Untuk No Gaji, boleh dapatkan dengan hubungi pegawai Unit Gaji di tempat bertugas.

5. Login menggunakan No IC dan Kata Laluan anda, kemudian kemaskini profil anda.

Semakan Penyata Gaji Secara Online

Untuk membuat semakan dan download slip gaji anda, anda hanya perlu ikuti langkah di bawah:

1. Login masuk di sini.

2. Tekan “Sendiri” di bawah Penyata Gaji.

3. Pilih bulan & tahun yang anda ingin semak, tekan Cari.

4. Untuk semak penyata Gaji Tahunan pula, pergi ke “Sendiri” di bawah Penyata Pendapatan Tahunan.

5. Anda boleh download dan cetak slip gaji atm tersebut untuk kegunaan masa hadapan.

Lupa Kata Laluan E Penyata Gaji

Jika anda terlupa kata laluan / password yang anda daftarkan dalam sistem E-Penyata ini, anda hanya perlu pergi ke sistem tersebut, daftar dan klik “Terlupa Kata Laluan“.

Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan No Gaji. Anda akan diberikan pilihan Soalan Keselamatan. Jika anda jawab dengan tepat, kata laluan lama akan dinyatakan semula dalam sistem.

Jika terlupa jawapan untuk pilihan soalan, klik Reset Kata Laluan. Kata Laluan sementera akan diberikan kepada anda melalui SMS atau emel yang telah didaftarkan.

Info Lanjut Penyata Gaji ANM

Sistem ini telah dibuat oleh kerajaan bukan sahaja untuk memudahkan pengguna kakitangan malah dapat menjimatkan kos yang tinggi. Pekerja kini mudah untuk menyemak maklumat gaji untuk pelbagai kegunaan seperti caruman SOCSO, KWSP, PTPTN dan elaun lain.

Leave a Reply