Pengeluaran Khas KWSP Melalui e-Pengeluaran KWSP Dibenarkan Mengikut Syarat.
Ramai yang menuntut ingin keluarkan wang simpanan KWSP untuk tujuan pengeluaran peribadi. Tapi, tahukah anda terdapat banyak pengeluaran KWSP yang dibenarkan untuk tujuan-tujuan tertentu mengikut syarat yang ditetapkan.
Pengeluaran KWSP
Malah, anda dibenarkan membuat pengeluaran KWSP dari akaun 2 untuk tujuan peribadi anda sendiri dan untuk tujuan membina atau mengubahsuai rumah, untuk tujuan peribadi, pendidikan dan lain-lain.
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Ia juga bagi memudahkan ahli KWSP membuat persediaan menghadapi persaraan yang lebih selesa.
Pengeluaran Wang Khas Melalui e-Pengeluaran KWSP Dibenarkan Mengikut Syarat
Bagi anda yang tidak tahu, anda boleh membuat pengeluaran daripada 2 simpanan akaun KWSP untuk perkara berikut:
- Pengeluaran untuk membeli rumah
- Pengeluaran untuk membina rumah
- Pengeluaran untuk menyelesaikan baki pinjaman rumah
- Rawatan perubatan
- Pengeluaran untuk menyiapkan PTPTN
- Pengeluaran untuk pendidikan
6 langkah mudah untuk pengeluaran dan lebih jelas.
Syarat Kelayakan e-Pengeluaran KWSP
Syarat & kriteria untuk membuat permohonan yang telah ditetapkan e-Pengeluaran adalah seperti berikut:
- Pencarum merupakan warganegara Malaysia atau penduduk tetap
- Syarat kelayakan mengikut syarat pengeluaran semasa
- Permintaan pengeluaran tidak melebihi jumlah pengeluaran maksimum
- Pembayaran dengan mengkreditkan terus ke Akaun Bank Simpanan / Ahli semasa atau rakan kongsi strategik KWSP
Pengeluaran Penuh KWSP
Macam mana kalau nak buat pengeluaran penuh dalam akaun KWSP? Anda boleh keluarkan semua simpanan dalam akaun KWSP dengan syarat-syarat berikut :
- Capai umur 55 (Pengeluaran dari Akaun 55)
- Umur 60 (Pengeluaran dari Akaun 55 & Akaun Emas)
- Pekerja Berpencen dan Pesara Pilihan (ahli yang bekerja dalam sektor Awam berstatus pencen)
- Hilang Upaya (ahli hilang upaya secara fizikal atau mental)
- Meninggalkan negara
- Kematian (apabila ahli meninggal dunia)
Maklumat lanjut mengenai e-Pengeluaran KWSP
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai semua perkara berkaitan e-pengeluaran ini, anda boleh layari – Di sini