Home » Portal Rasmi » e-Janji Temu LHDN: Cara Mohon Temu Janji Online Bagi Rayuan BPR Fasa 2

e-Janji Temu LHDN: Cara Mohon Temu Janji Online Bagi Rayuan BPR Fasa 2

CARA PERMOHONAN JANJI TEMU ONLINE LHDN URUSAN RAYUAN BPR FASA 2

Mulai 15 Jun 2021 ini, pemohon yang tidak lulus/gagal kredit boleh mula membuat rayuan BPR di perkhidmatan kaunter BPR yang akan beroperasi sepenuhnya melalui janji temu yang boleh dipohon secara dalam talian (online) buat masa ini.

Maklumat penting, hanya pemohon yang membuat janji temu secara dalam talian sahaja dibenarkan berurusan di kaunter BPR LHDNM.

Portal Malaysia ingin berkongsi cara membuat e-Janji Temu LHDN di Portal Rasmi BPR menerusi perkhidmatan e-Janji Temu.

Apakah e-Janji Temu LHDN?

e-Janji Temu atau janji temu secara dalam talian ini diwujudkan bagi membolehkan orang awam untuk membuat permohonan janji temu bagi mendapatkan perkhidmatan BPR di Kaunter LHDNM berdasarkan tarikh dan masa yang dipilih dimusim PKP kerana semua kaunter urusan ditutup.

  1. e-Janji Temu dibuka mulai 14 Jun 2021 ini.
  2. Tarikh Janji Temu pula akan bermula pada 15 Jun 2021.

Baca Juga : Permohonan Online Rayuan BPR Fasa 2 : Dokumen Sokongan Yang Diperlukan

Waktu Operasi Kaunter BPR

Waktu operasi kaunter BPR adalah seperti berikut:

  • Cawangan / Pejabat Satelit / Pusat Khidmat Hasil : 8.00 pagi – 1.00 tengah hari (Hari bekerja)

Perkhidmatan Yang Ditawarkan

Perkhidmatan BPR yang ditawarkan secara janji temu dalam talian adalah seperti berikut:

  • Semakan Status / Bayaran
  • Permohonan
  • Rayuan
  • Atau Lain – lain

Walau bagaimanapun pemohon disarankan untuk mengakses secara dalam talian di Portal Rasmi BPR tanpa perlu hadir ke kaunter.

Sistem janji temu ini hanya diberi keutamaan kepada Permohonan Rayuan BPR 2021 yang tidak boleh dibuat secara dalam talian atau situasi yang memerlukan semakan lanjut oleh pegawai LHDNM.

Cara Membuat Permohonan Janji Temu LHDN

LANGKAH 1 : LAYARI LAMAN WEB RASMI BPR

Permohonan janji temu boleh dibuat melalui Portal Rasmi BPR (https://bpr.hasil.gov.my).

LANGKAH 2 : KLIK PADA MENU E-JANJI TEMU

Klik pada menu e-Janji Temu seperti dalam ikon di atas. (Lihat pada anak panah merah)

LANGKAH 3 : ISIKAN BUTIRAN PERMOHONAN JANJI TEMU ONLINE ANDA

Isikan butiran janji temu dalam talian dengan lengkap.

  • Nama
  • No Mykad
  • Negeri
  • Cawangan
  • Pengesahan Captcha
  • Tujuan Janji Temu
  • Tarikh
  • E-mel
  • No Telefon

LANGKAH 4 : HANTAR & CETAK SAHAJA

Setelah selesai, tekan butang HANTAR.

Sila PASTIKAN anda mencetak atau memuatnaik atau screenshot surat pengesahan tempahan janji temu pada Portal Rasmi BPR atau e-mel yang telah anda didaftarkan dan kemukakan semasa hadir ke Cawangan LHDNM yang dipilih sebagai bukti janji temu anda.

Syarat Permohonan Janji Temu

  • Maklumat penting hanya satu tarikh sahaja di benarkan bagi setiap No MyKad Pemohon
  • Kemaskini hanya dibenarkan selewatnya tiga hari sahaja sebelum tarikh janji temu.
  • Slot masa akan dipaparkan berdasarkan kekosongan masa janji temu. Satu slot masa diperuntukkan hanya untuk tiga (3) orang pemohon sahaja.
  • Permohonan janji temu adalah tidak dibenarkan bagi tarikh cuti umum dan tarikh yang sama dengan tarikh permohonan.
  • Captcha mestilah disi sebelum menghantar permohonan anda

Pembatalan & Tukar Tarikh Janji Temu Di Kaunter BPR

Penting : Anda boleh membuat penukaran tarikh atau membatalkan janji temu selewat-lewatnya satu (1) hari sebelum tarikh yang telah dipilih.

Pemohon BPR

  1. Log masuk MyBPR di https://bpr.hasil.gov.my/
  2. Pilih menu e-Janji Temu
  3. Klik Senarai eJanji Temu; atau
  4. Rujuk pautan pada surat janji temu anda yang diberikan pada e-mel yang telah didaftarkan semasa permohonan janji temu dilakukan.

Selain Pemohon BPR

Rujuk pautan pada surat janji temu yang diberikan pada e-mel yang telah didaftarkan semasa permohonan janji temu dilakukan.

Baca juga : Sila Buat Rayuan BPR Jika Tidak Lulus & Gagal Kredit. Ini Penyelesaian & Jawapan Rasmi!

Maklumat Lanjut

Sekiranya semua slot penuh atau anda tidak dapat membuat janji temu dengan pihak LHDN, boleh hubungi talian Cawangan LHDNM atau Hotline BPR LHDNM 1-800-88-2747 atau Hotline BPR MOF 03-8882 4565 / 03-8882 4566 bagi mendapatkan bantuan dengan segera.

Penafian – Semua yang portalamalaysia kongsikan dihalaman ini sekadar panduan tutorial dan rujukan ringkasan artikel berkaitan dengan “e-Janji Temu LHDN: Cara Mohon Temu Janji Online Bagi Rayuan BPR Fasa 2” ini sahaja. kami tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan berpandukan sumber rasmi dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes